Skip to main content

Selebriti

“Saya Nak Guna Saluran Betul, Tak Nak Buat Kenyataan Bodoh” - Kamal Adli Mahu Fokus Pada Prosedur Cerai

Kamal Adli Mahu Fokus Pada Prosedur Cerai

Sekilas

  • Kamal Adli menegaskan dia akan menggunakan mahkamah untuk mempertahankan haknya terutama berkaitan anak mereka, Hawra Uqaira.
  • Dia masih berusaha mempertahankan rumah tangganya dengan Uqasha Senrose walaupun isteri telah memfailkan permohonan cerai sejak Oktober lalu.
  • Pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung dan telah melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti arahan mahkamah.

Pelakon Kamal Adli, 39, menegaskan dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan bodoh semata-mata untuk mempertahankan diri.

Menurut Kamal, dia hanya akan menggunakan medium yang tepat iaitu mahkamah untuk memperjuangkan haknya, terutama membabitkan hal anak mereka, Hawra Uqaira, 19 bulan.

"Ini sajalah ruang yang saya ada iaitu di mahkamah. Untuk berdepan dengan dia memang tak ada ruang buat masa ini kerana ada halangan.

"Jadi saya guna cara yang betul (mahkamah). Saya tak nak pergi ke tepi, belakang, bawah atau buat kenyataan bodoh," katanya seperti yang dilapor BH Online.

Kamal menegaskan dia masih mahu mempertahankan rumah tangganya dengan isteri, Uqasha Senrose, sehingga mana yang termampu.

"Saya nak pertahankan mana yang mampu. Benda ini ada prosedur, jadi saya hanya ikut saja. Tapi kalau Allah kata jodoh itu masih kuat, adalah.

"Saya perjuangkan bukan untuk diri saya, tapi untuk anak sendiri," katanya.

Sementara itu, Uqasha yang tiba beberapa minit kemudian memohon agar semua mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.

Difahamkan, pasangan itu juga dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.

Pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti diarahkan mahkamah.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber: BH Online


 

Must-Watch Video

Advertisement