Skip to main content

Hiburan

“Saya Nampak Happy, Gelak... Tapi Jauh Di Sudut Hati Hanya Tuhan Tahu” – Amyza Aznan

Astro Gempak 483

Sekilas

  • Pelakon Amyza Aznan masih trauma dan merindui anak sulungnya, Allahyarham Andre, yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Februari lalu.
  • Dalam sesi siaran langsung bersama ERA.je, Amyza berkongsi perasaan sedih dan takut berulangnya kehilangan yang sama walaupun kelihatan kuat di luar.
  • Amyza menegaskan rindu terhadap anaknya tidak pernah berakhir dan akan terus dirasai sepanjang hayatnya.

Pelakon Amyza Aznan mengakui masih berdepan trauma kehilangan insan tersayang selepas pemergian anak sulungnya, Allahyarham Andre, Februari lalu.

Menerusi sesi siaran langsung bersama ERA.je yang turut menampilkan anaknya, Adrian Adam, Amyza tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi perasaan yang dipendam selama ini.

“Sebab dulu Andre setahun dia okey dan tiba-tiba dia pergi.

“Pasti saya akan takut, phobia… adakah benda sama akan berulang lagi?” katanya dalam keadaan menangis.

Menurut Amyza, meskipun dia kelihatan kuat dan ceria di hadapan orang ramai, hakikatnya dia masih menanggung kerinduan mendalam terhadap arwah anaknya.

“Saya nampak happy, saya nampak gelak, saya nampak move on, saya nampak kuat.

“Tapi jauh di sudut hati saya, apa yang saya tanggung dan fikir… rindu kepada orang yang dah tak ada ini datang macam angin lalu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, rasa rindu terhadap insan tersayang tidak pernah mempunyai penghujung.

“Saya reda, cuma saya rindu.

“Dan rindu itu tak ada penghujung, selagi hayat dikandung badan,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Andre yang juga anak sulung daripada tiga beradik meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpurpada Februari lalu akibat kanser paru-paru tahap tiga yang dihidapinya sejak setahun lalu.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement