Skip to main content

Hiburan

“Saya Pun Cuba Booking Sampai Crash Website…” - Kamal Adli

Kamal Adli

Sekilas

  • Restoran pertama Khairul Aming, Rembayung, menerima sambutan luar biasa sehingga laman web tempahan mengalami 'crash' akibat trafik tinggi.
  • Pelakon Kamal Adli berseloroh bahawa percubaannya membuat tempahan mungkin menjadi punca laman web tersebut tergendala.
  • Lebih 3,000 pelanggan berjaya membuat tempahan dan akaun Instagram Rembayung mencapai 100,000 pengikut dalam masa dua jam selepas pelancaran.

Laman sosial penuh dengan perkongsian wargamaya mengenai tempahan restauran milik usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming. 

 

Malah, website yang digunakan untuk pelanggan membuat tempahan menjadi ‘crash’ disebabkan terlalu ramai yang ingin mencuba restauran pertama Khairul Aming. 

 

Mengusik wargamaya, pelakon Kamal Adli berseloroh website Rembayung ‘crash’ disebabkan percubaannya untuk membuat tempahan. 

 

“Saya nak ingatkan wahai rakyatku... bukan saya yang buka Rembayung tu… saya pun cuba booking sampai crash website tu mungkin sebab saya.

 

“Jangan booking dengan saya… kalau dengan saya korang dapat Budin bariani saja. Rakyat ku… Jangan sampai abang joget,” katanya. 

 

Sebelum ini, Khairul Aming memohon maaf atas gangguan sistem tempahan restoran Rembayung yang mengalami 'crash' akibat trafik tinggi malam tadi.

 

Lebih 3,000 pelanggan berjaya membuat tempahan, dan Khairul jamin pengalaman terbaik akan diberikan di restoran sulungnya itu.

 

Dalam masa 15 minit, 400 tempahan diterima dan akaun Instagram Rembayung capai 100,000 pengikut dalam dua jam selepas dilancarkan.

Must-Watch Video

Advertisement