Skip to main content

Viral

Shiha Zikir Bergenang Air Mata, Sedih Noraniza Idris Dikecam Netizen - "Saya Rasa Dia Tak Buat Salah"

Astro Gempak shiha kak ani

Sekilas

  • Shiha Zikir meluahkan kesedihan selepas Noraniza Idris dikecam netizen kerana menyokong lagu Minta Ampun nyanyiannya.
  • Shiha menegaskan Noraniza tidak melakukan kesalahan dan tidak wajar menjadi sasaran komen negatif.
  • Shiha menasihati peminat supaya berhati-hati dan elakkan komen toksik di media sosial.

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa sedih selepas legenda muzik tradisional tanah air, Noraniza Idris, menjadi sasaran kecaman segelintir netizen hanya kerana menyatakan sokongan terhadap lagu nyanyiannya berjudul Minta Ampun.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 39, dia terkejut melihat komen negatif yang ditujukan kepada Noraniza Idris di media sosial, sedangkan penyanyi berkenaan hanya berkongsi pandangannya terhadap lagu tersebut.

“Saya sedih apabila Noraniza Idris terima kecaman seperti itu. Pada saya, macam ini ke jadi peminat? Kenapa sanggup komen seperti itu?” katanya kepada Gempak.

Shiha turut menegaskan bahawa tindakan Noraniza Idris langsung tidak wajar dijadikan alasan untuk netizen melemparkan kata-kata negatif.

“Saya sangat neutral. Saya rasa dia tidak buat salah. Dia tidak komen terlalu kasar yang ditujukan atau libatkan orang lain,” jelasnya.

Bagi Shiha, Noraniza Idris merupakan seorang legenda dalam industri muzik tempatan dan tidak sepatutnya menjadi mangsa kecaman hanya kerana memberi pandangan jujur tentang sesebuah lagu.

Shiha mengakui situasi tersebut membuatkan dirinya berasa sangat terkesan.

“Bagi saya, dia seorang legenda. Jujur saya sangat sedih dan bergenang air mata saya. Terkejut dengan segelintir peminat macam itu,” katanya.

Dalam masa sama, Shiha turut menasihati peminat supaya lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen di media sosial kerana setiap kata-kata boleh memberi kesan kepada orang lain.

“Saya faham ada penyokong yang obses, tapi kena ada batasnya. Sebelum buat apa-apa, kena fikir dahulu.

“Saya memang selalu pesan dekat peminat untuk tidak komen toksik kepada penyanyi lain. Memang saya akan beritahu mereka. Itu tidak baik,” katanya.

Sebelum ini, Noraniza Idris berkongsi bahawa lagu raya kegemarannya pada tahun ini ialah Minta Ampun nyanyian Shiha kerana memiliki elemen kemelayuan yang kuat serta mampu menyentuh emosi pendengar.

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement