Skip to main content

Hiburan

“Saya Rasa Kerdil Ramai Nama Besar…” – Aila Azizul Nervous Pertama Kali Debute Dalam Filem ‘Malam Terlarang’

fhthff

Pelakon meningkat naik, Aila Azizul mengakui berdebar apabila pertama kali diberi peluang membintangi filem Malam Terlarang, yang juga merupakan penampilan sulungnya di layar perak selepas beberapa tahun aktif dalam dunia pementasan teater.
 

Menurut Aila, 30, pengalaman itu sangat berharga kerana dia dapat menimba ilmu daripada barisan pelakon berpengalaman yang turut membintangi filem berkenaan.

Advertisement

“Malam Terlarang adalah filem pertama saya dan projek pertama saya. Sebelum ini saya buat teater. Masa saya masuk itu, saya memang macam starstruck sebab ada Zoe Arifin, Sofia Jane, Syasha Abedul dan Norman Damanhuri.

“Ramai nama besar dan saya ambil peluang ini untuk belajar daripada mereka, terutamanya Kak Sofia. Setiap kali kami berada dalam bilik, saya selalu bertanya bagaimana dia bermain dengan kamera dan masukkan karakter dengan cepat.

“Kak Sofia banyak berkongsi dengan saya dan saya rasa berhutang dengan dia sebab banyak yang saya belajar,” katanya.

Aila yang memegang watak Safar dalam filem tersebut turut mengakui dia agak gementar kerana ini merupakan pengalaman pertamanya beraksi di hadapan kamera untuk skala produksi besar.

"Nervous lah… sebab saya memang dari teater, biasa dengan komuniti yang kecil. Tapi sekarang dengan Malam Terlarang dan Generasi Perfect 10reach dia lagi besar dan orang makin kenal saya.

“Saya harap apa yang saya bawakan dalam watak Safar akan memberi kesan kepada penonton,” ujarnya.

Filem Malam Terlarang turut menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Zul Arifin, Sofia Jane, Shasha Abedul dan Norman Damanhuri, yang akan menemui penonton 30 Oktober ini. 

Must-Watch Video

Advertisement