Skip to main content

Hiburan

“Saya Sentiasa Doakan Yang Baik-Baik Buat Mereka Yang Berjuang Mendapatkan Zuriat” - Uyaina Arshad

Astro Gempak

Sekilas

  • Uyaina Arshad menjelaskan bahawa perkongsiannya tentang istilah ‘pejuang garis satu dan dua’ dalam kehamilan tidak bertujuan untuk melagakan mana-mana pihak.
  • Dia berkongsi pengalaman peribadi tentang perancangan kehamilan pada awal perkahwinan yang melibatkan harapan agar ujian kehamilan tidak menunjukkan keputusan positif.
  • Uyaina menegaskan setiap individu mempunyai perjuangan masing-masing dan mengajak semua untuk saling mendoakan tanpa membandingkan pengalaman orang lain.

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad tampil menjelaskan perkongsiannya mengenai istilah ‘pejuang garis satu dan dua’ dalam kehamilan selepas ia mencetuskan perdebatan dalam kalangan wargamaya.

Menurut Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, perkongsian tersebut tidak pernah berniat untuk melagakan atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

“Saya tidak pernah cakap benda-benda yang buruk. Saya sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka yang berjuang mendapatkan zuriat.

“Saya cuma fikir kalau ada yang berjuang untuk dapatkan dua garis, mungkin ada juga yang berjuang untuk kekalkan satu garis,” katanya.

Uyaina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama vertikal My Ramadan Love Story di Courtyard by Marriot Kuala Lumpur pada Isnin.

Jelasnya, ketika di awal perkahwinan, dia dan suami pernah merancang soal kehamilan sehingga sering berharap ujian kehamilan tidak menunjukkan keputusan positif.

“Sebab setiap kali buka pregnancy test dulu, saya cakap jangan double line, jangan double line.

“Waktu awal-awal itu memang kami rancang secara manual,” katanya.

Bagaimanapun, Uyaina menegaskan perkongsiannya itu bukan bertujuan membandingkan mana-mana pihak yang sedang melalui perjalanan berbeza dalam kehidupan.

“Hantaran saya itu bukan untuk melagakan mereka yang sering berjuang mendapatkan anak dengan mereka yang berjuang untuk merancang.

“Bukan nak bandingkan siapa punya perjuangan lebih teruk, siapa lebih berat atau siapa yang lebih menderita,” jelasnya.

Sebaliknya, Uyaina berkata setiap individu mempunyai perjuangan masing-masing yang hanya difahami oleh diri sendiri.

“Hakikatnya kita masing-masing ada perjuangan sendiri dan kita sahaja yang tahu apa yang kita sedang lalui.

“Jadi teruskan perjuangan masing-masing, tak perlu bandingkan satu sama lain. Cukup untuk kita bercakap baik-baik dan doakan yang baik,” katanya.

Sebelum ini, perkongsian Uyaina mengenai ‘pejuang garis satu dan dua’ mendapat perhatian wargamaya sehingga tercetus perbalahan tidak sihat dalam media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement