Skip to main content

Hiburan

“Saya Seorang Ibu Sekarang…” - Nelydia Senrose

“Saya Seorang Ibu Sekarang…” - Nelydia Senrose

Sekilas

  • Pelakon Datin Nelydia Senrose melahirkan rasa syukur selepas selamat menimang cahaya mata sulungnya, seorang bayi lelaki.
  • Nelydia berkongsi perasaan bahagia dan kasih sayang yang tidak pernah dirasai sebelum ini menerusi Threads.
  • Berita kelahiran itu turut dikongsikan oleh suaminya, Datuk Mohd. Hafez Halimi, selepas mereka mengumumkan kehamilan sulung pada April lalu.
Advertisement


Pelakon Datin Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur dan sebak apabila impian bergelar ibu akhirnya menjadi kenyataan selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung semalam.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 32, mengakui kehadiran bayi lelakinya membawa satu perasaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Advertisement

“Masya-Allah, Tabarakallah.

“Saya seorang ibu sekarang.

“Kasih sayang yang saya doakan, nantikan dan impikan akhirnya berada dalam dakapan saya. Hati saya tidak pernah mengenali perasaan seperti ini,” katanya.

fvbg

Terdahulu, berita gembira kelahiran bayi lelaki itu dikongsikan suaminya, Datuk Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Pada April lalu, pasangan tersebut mengumumkan kehamilan sulung bersempena ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.

Ketika itu, Nelydia meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan selain menyifatkan kehadiran cahaya mata tersebut sebagai anugerah paling bermakna buat mereka sekeluarga.

Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Hafez pada 6 April 2019 selepas beberapa bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement