Skip to main content

Hiburan

“Saya Tahu Macam Mana Remuknya Hati Dan Perasaan Sayang” – Suami Tampil Bersuara, Luah Rasa Simpati Buat Abby Abadi

Astro Gempak 249

Sekilas

  • Suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria, berkongsi luahan emosi dan sokongan padu buat isterinya di TikTok susulan isu keluarga yang menjadi perhatian ramai.
  • Faizal menegaskan akan sentiasa berada di sisi Abby walaupun berdepan ujian dalam hubungan dengan anak-anak mereka.
  • Abby menafikan dakwaan marah terhadap anaknya, Marissa, dan menjelaskan ucapan hari jadi yang dimuat naik hanyalah tanda kasih sayang.
Advertisement

Isu melibatkan pelakon Abby Abadi dan anaknya kembali menjadi perhatian ramai apabila pelbagai spekulasi serta perbincangan hangat tercetus dalam kalangan netizen sejak kebelakangan ini.

Di sebalik kekecohan yang melanda, suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria tampil bersuara dengan menitipkan luahan penuh emosi buat isterinya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Faizal berkata, dia memahami segala tekanan dan luka yang terpaksa ditanggung Abby, terutama apabila isu keluarga menjadi perhatian umum.

 

@jaifaizal_147 Bila sebut Abby Abadi, siapa yg tak kenal, siapa yg tak tahu...dlm pelbagai pujian telah terselit cacian, tp tak pa sentiasa maafkan sbb mereka mingkin tak kenal dan tak pernah berada dlm circle ini. Sayang @abbyabadi.exclusive ♬ original sound - JaiFaizal Official

 “Bila sebut Abby Abadi, siapa yang tak kenal. Dalam pelbagai pujian, terselit juga cacian. Tak mengapa, sentiasa maafkan mereka sebab mungkin mereka tak kenal dan tak pernah berada dalam ‘circle’ ini.

“Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang. Keluhan yang sentiasa dipendam. Walaupun sentiasa senyum, saya tahu hati sayang sentiasa menangis. Luka itu mungkin tidak akan hilang parutnya,” katanya.

Faizal turut menegaskan akan terus berada di sisi Abby walau apa jua yang berlaku, termasuk ketika berdepan ujian melibatkan hubungan dengan anak-anak.

“Saya sentiasa doakan sayang hingga akhir hayat saya. Kalaulah segala beban itu boleh dipindahkan, saya nak tanggung semuanya. Saya cuma nak sayang gembira dan tak bersedih lagi.

“Saya tak peduli apa orang kata tentang saya. Biar saya nampak hebat di depan sayang. Saya nak kita tua bersama.

“Saya takut kalau Allah panggil saya pulang lebih awal daripada sayang. Siapa yang akan dengar segala apa yang sayang hadapi, sentiasa ada ketika sayang sedih dan memeluk untuk tenangkan sayang.

“Moga anak-anak, Daiyan, Dayana dan Darda menjadi peneman serta penenang sayang nanti. Merekalah pengganti saya,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Faizal turut menitipkan doa agar Allah SWT mengurniakan segala kebaikan buat Abby atas segala pengorbanan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

“Ya Allah, sesungguhnya akulah saksi segala pengorbanan yang dilakukan isteriku sepanjang hayatku bersamanya. Bagaimana dia menjaga solatnya, auratnya dan segala-galanya kerana-Mu.

“Aku mohon kepada-Mu Ya Allah, tunaikan setiap apa yang diinginkannya, permudahkan segala urusannya dan tempatkan dia di syurga tertinggi-Mu,” katanya.

Terdahulu, Abby mencuri perhatian apabila tidak dapat menghadiri sambutan hari jadi anaknya, Marissa sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, sekali gus menghangatkan lagi perbincangan mengenai hubungan mereka.

Bagaimanapun, Abby kemudian menafikan dakwaan dirinya marah terhadap Marissa, sebaliknya menjelaskan ucapan hari jadi yang dimuat naik dalam media sosial hanyalah tanda kasih sayang dan penghargaan terhadap hari istimewa anaknya itu.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

SSFH Premium Cotton Embroidered Printed Kurti (Top Only)

SSFH Premium Cotton Embroidered Printed Kurti (Top Only)

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement