Skip to main content

Hiburan

“Saya Tahu Rasanya Membesar Tanpa Bapa...” – Norreen Iman Tak Nak Anak Alami Nasib Sama, Komited Amalkan ‘Co-Parenting’ Lepas Cerai

Astro Gempak 484

Sekilas

  • Norreen Iman mengesahkan anak-anaknya dalam keadaan baik selepas dia dan bekas suami sah bercerai baru-baru ini.
  • Mereka telah melakukan proses transisi dan perubahan tempat tinggal lebih awal untuk memudahkan anak-anak menyesuaikan diri dengan situasi baharu.
  • Norreen dan bekas suami akan teruskan pelan co-parenting supaya anak-anak tidak kehilangan kasih sayang kedua-dua ibu bapa.
Advertisement

Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman mendedahkan anak-anaknya berada dalam keadaan baik meskipun dia dan bekas suami sudah sah bercerai baru-baru ini.

Menurut Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah, dia dan bekas suami sudah melakukan proses transisi lebih awal bagi memastikan anak-anak tidak terkejut dengan perubahan tersebut.

Advertisement

“Anak-anak okey sebab kami dah mula buat transisi supaya mereka tak rasa jurang itu berlaku terlalu pantas.

“Kami tak nak mereka tertanya-tanya mana Baba dan sebagainya,”katanya ketika ditemui selepas majlis malam gala filem Kata Hati di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah Norreen, perubahan dari segi tempat tinggal juga sudah dilakukan beberapa bulan lalu bagi memudahkan anak-anak menyesuaikan diri dengan situasi baharu.

Advertisement

“Secara praktikalnya, kami dah buat perubahan dari segi tempat tinggal berbulan-bulan yang lalu, jadi semuanya baik-baik saja,” ujarnya.

Menurutnya lagi, dia dan bekas suami tetap akan meneruskan pelan co-parenting demi memastikan anak-anak tidak kehilangan kasih sayang kedua-dua ibu bapa.

“Anak-anak dah faham. Cuma saya tak nak mereka fikir bila Mummy dan Baba berpisah, mereka tak dapat kasih sayang.

“Kami tetap dengan pelan co-parenting yang pernah dibincangkan,” katanya.

Norreen turut mengakui dia memahami perasaan membesar tanpa kasih sayang seorang bapa dan tidak mahu pengalaman sama dilalui anak-anaknya.

“Saya tahu rasanya membesar tanpa bapa, jadi saya tak nak benda itu berulang pada anak saya.

“Selagi ibu bapa itu masih ada, kasih sayang itu kena ada,” katanya.

Terdahulu, Norreen mengesahkan sudah sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Mohd Razzi Abd Razak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan tersebut menjadi perhatian ramai selepas mereka didakwa tidak lagi berkongsi gambar bersama dalam media sosial.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

Must Watch Video

Advertisement