Skip to main content

Viral

"Saya Tak Nak Masuk Campur, Fokus Pada Hidup Sendiri" - Qistina Raisah

qistina

Sekilas

  • Pelakon Qistina Raisah kekal tenang dan memilih untuk tidak campur tangan dalam kontroversi yang melibatkan Mia Sara dan Puteri Balqis.
  • Qistina menganggap isu lama itu sebagai pengajaran dan lebih fokus kepada kehidupan peribadi serta perniagaannya.
  • Dia menegaskan tidak menyimpan dendam dan mengamalkan sikap merendah diri dalam pergaulan dengan rakan artis dan orang ramai.
Advertisement

Pelakon Qistina Raisah kekal tenang apabila namanya kembali dikaitkan susulan kontroversi yang melibatkan dua rakan seperjuangan, Mia Sara dan Puteri Balqis.

Bagi Qistina, konflik lama yang pernah mengaitkan dirinya sebelum ini wajar dijadikan pengajaran, bukan untuk terus dipanjangkan.

Advertisement

Pemilik nama lengkap Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri, 18, menegaskan dia memilih untuk tidak mencampuri urusan orang lain demi menjaga ketenangan diri dan fokus terhadap kehidupan peribadi.

"‘Throwback’ (imbau kembali) tak apa, tapi kalau macam sekarang ini saya okey saja.

"Saya tak ada apa-apa nak cakap sebab sebenarnya saya pun tak tahu. Saya tahu benda itu tular selepas dua ke tiga hari kerana terlalu sibuk di Brunei.

"Kalau kalian nak ingatkan balik benda itu untuk jadikan sebagai pengajaran, okey saja tapi kalau lebih-lebih jangan, saya tak tahu apa-apa. Memang tak nak masuk campur, mahu fokus kepada keluarga, hidup dan perniagaan sendiri," katanya kepada Gempak ketika ditemui pada pelancaran Bayu Somerset X Machino di Shah Alam baru-baru ini.

Mengulas mengenai namanya yang sekali lagi menjadi sebutan netizen, pelakon filem Rahsia itu mengakui tidak terkejut dan menyerahkan sepenuhnya kepada orang ramai untuk menilai fakta berdasarkan perspektif masing-masing.

"Reaksi? Biasa saja sebab saya dah biasa orang petik nama saya tiba-tiba.

"Benda pun dah beberapa tahun. Boleh periksa fakta dan baca sendiri. Pendapat kita kan lain-lain, kalau orang baca rasa saya salah, salah jugalah," jelasnya.

Dalam masa sama, Qistina menegaskan dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap mana-mana pihak dan lebih selesa mengamalkan sikap merendah diri dalam pergaulan, termasuk sesama rakan artis.

"Saya baik dengan semua orang. Kalau orang nak tegur saya, saya tegur balik.

"Kalau jumpa orang, saya salam dan tegur. Kalau orang tak nak tegur atau macam tak nak layan, tidak mengapa.

"Tapi saya tak pernah ada dendam langsung dengan sesiapa pun. Kita nak bersihkan hati kan, kalau kita benci orang lagi sakitkan hati sendiri dan serabutkan diri," tuturnya.

Sebelum ini, media sosial kembali hangat apabila Puteri Balqis secara terbuka menempelak Mia Sara, meminta isu antara mereka diselesaikan secara bersemuka selepas mendakwa aktres berusia 21 tahun itu pernah memalukan ibunya.

Dalam perkembangan sama, Balqis atau lebih mesra disapa Aqish turut menyifatkan tindakan Mia Sara yang menangis di hadapan media sebagai usaha meraih simpati khalayak.

Rentetan konflik tersebut, nama Qistina turut kembali dikaitkan susulan kontroversi lama apabila dia didakwa pernah menyindir Balqis berhubung isu merendah-rendahkan pelakon wanita itu.

Walaupun Qistina sebelum ini menafikan dirinya punca pergaduhan dan pernah meminta penjelasan terbuka daripada Balqis, dia kini memilih untuk tidak lagi memanjangkan isu berkenaan demi kebaikan semua pihak.

Anda mungkin berminat dengan

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Nike Men's Air Monarch IV Training Shoes - White [415445-102]

Nike Men's Air Monarch IV Training Shoes - White [415445-102]

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

Must Watch Video

Advertisement