Skip to main content

Hiburan

"Saya Tak Potong Perut" - Shila Amzah Dedah Rahsia Turun 12 KG

Shila Amzah

Sekilas

  • Shila Amzah berjaya turunkan berat badan sebanyak 12 kilogram secara sihat tanpa pembedahan sebagai persediaan untuk konsertnya di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 15 Ogos.
  • Dia mengamalkan diet rendah gula, senaman intensif, minum air cukup, dan pengambilan suplemen untuk kekalkan stamina dan kualiti vokal sepanjang persembahan 40 lagu.
  • Suami Shila, Ubai Mz, banyak memberi sokongan dengan aktiviti berbasikal bersama, dan Shila sasarkan berat badan ideal sekitar 60 kilogram.
Advertisement

Penyanyi Shila Amzah mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram tanpa menjalani sebarang pembedahan, sebaliknya hanya mengamalkan gaya hidup sihat dan disiplin menjaga pemakanan.

 

Advertisement

Menurut Shila, berat badannya kini mencecah 64 kilogram sebagai salah satu persediaan menghadapi Konsert Shila Amzah KITA: 25 Tahun Bersama yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 15 Ogos depan.

 

"Alhamdulillah, memang rasa badan lebih ringan sejak berjaya menurunkan berat.

 

"Saya memang diet bersungguh-sungguh. Latihan fizikal yang saya jalani sekarang pun dah macam atlet. Apa yang pasti, saya tak potong perut," katanya.

 

Shila berkata, perubahan itu dicapai dengan mengurangkan pengambilan gula, memperbanyakkan senaman, minum air secukupnya selain mengambil suplemen yang sesuai mengikut keperluan tubuh.

 

"Bila usia sudah melepasi 30 tahun, banyak perkara yang perlu kita beri perhatian, termasuk pengambilan suplemen," katanya.

 

Penyanyi lagu Patah Seribu itu turut mengakui penurunan berat badan bukan semata-mata demi penampilan, sebaliknya bagi memastikan stamina dan kualiti vokalnya berada pada tahap terbaik sepanjang konsert.

 

Menurut Shila, dia bakal mempersembahkan 40 buah lagu pada malam istimewa itu, sekali gus memerlukan persediaan fizikal yang lebih rapi.

 

"Saya turun berat badan demi konsert kerana akan menyanyikan 40 lagu. Jadi, saya perlu pastikan stamina dan keadaan fizikal berada pada tahap terbaik.

 

"Dengan berat badan sebelum ini, agak sukar untuk saya mengekalkan stamina dan vokal sepanjang persembahan," katanya.

 

Dalam pada itu, Shila turut berkongsi suaminya, Ubai Mz, menjadi antara individu yang banyak memberi semangat untuk dia mengamalkan gaya hidup lebih aktif.

 

"Ubai selalu ajak saya berbasikal. Sedar tak sedar, kami sudah berkayuh sejauh 15 hingga 20 kilometer," katanya.

 

Walaupun sudah berjaya menurunkan 12 kilogram, Shila mengakui dia masih belum berpuas hati dan kini menyasarkan berat badan sekitar 60 kilogram.

 

"Saya sasarkan berat badan seperti ketika mula bertapak di China kira-kira 10 tahun lalu, iaitu sekitar 60 kilogram. Rangka badan saya besar. 

 

“Kalau turun lima kilogram pun memang nampak sangat perubahannya. Pada masa sama, suami saya lapan tahun lebih muda. Takkanlah saya nak cepat nampak tua. Jadi, inilah cara saya untuk nampak lebih muda," katanya.

 

Selain Shila, konsert berkenaan turut menampilkan lima artis undangan iaitu Mimi Fly, Hael Husaini, DJ Fuzz, Balan Kashmir dan Kidd Santhe.

Anda mungkin berminat dengan

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

adidas Football F50 HYPERFAST CLUB Firm Ground / Multi Ground Football Boots Unisex Pink IH9375

adidas Football F50 HYPERFAST CLUB Firm Ground / Multi Ground Football Boots Unisex Pink IH9375

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement