Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Takkan Pakai Baju Ketat Lagi, Takkan Sakiti Hati ..." - Aliff Syukri

ALIFF_SYUKRI_IKRAR

Selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang daripada empat pertuduhan berkaitan muzik video Kelepok Raya, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tampil membuat ikrar untuk berubah.

Menurutnya, keputusan mahkamah bukan sahaja memberi kelegaan, tetapi juga menjadi titik tolak untuk memperbaiki diri agar tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.

Advertisement

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua orang. Bukan sebab mahkamah, atau sebab saya betul, tapi saya berikrar tidak akan ulangi lagi hal yang orang tak suka. Saya takkan pakai baju ketat lagi atau buat perkara yang menyakiti hati orang lain,” katanya kepada Gempak.

Aliff yang ditemui pada Tour Kunafa Aiwahhh Shah Alam pada Rabu mengakui perjalanan kes tersebut meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya, termasuk tekanan emosi sehingga sukar tidur malam.

“Bukan sebab saya dah menang, tapi saya bersyukur Allah nak jentik saya. Betapa struggle saya, tak tidur malam, tapi hari ini Alhamdulillah rekod saya tidak bersalah. Saya nak tegaskan saya dibuktikan tak bersalah dan dibebaskan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Aliff menegaskan kesungguhan dirinya untuk berubah dan mengambil pengajaran daripada pengalaman itu.

“Saya sendiri nak berubah,” katanya ringkas.

Aliff Syukri pada Rabu dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan muzik video Kelepok Raya yang tular tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan tambahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Aliff didakwa memuat naik kandungan bersifat sumbang melalui aplikasi Instagram miliknya dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Muzik video berdurasi 5 minit 23 saat yang diterbitkan pada 2022 itu mengundang kontroversi apabila menampilkan beberapa penari lelaki dengan aksi yang dikritik ramai sebagai mencemari suasana Aidilfitri.

Must-Watch Video