Skip to main content

Hiburan

“Saya Tertanya Apa Aku Nak Jadi Sebenarnya?” - Tak Sangka Kena ‘Postpartum Depression’, Syasya Rizal Syukur Suami Banyak Bantu

Astro Gempak 368

Sekilas

  • Syasya Rizal berkongsi pengalamannya menghadapi kemurungan selepas bersalin (postpartum depression) selepas kelahiran anak kedua yang menyebabkan krisis identiti walaupun mendapat sokongan keluarga.
  • Perbincangan dengan suami dan aktiviti seperti menyanyi serta menari membantu Syasya mengatasi tekanan dan kembali menikmati hidup.
  • Syasya juga mengakui cabaran mengurus dua anak kecil serentak sambil menumpukan perhatian pada pelajaran dan kerjaya, selain menghadapi kekosongan emosi semasa berpantang.
Advertisement

Penyanyi Syasya Rizal mendedahkan pernah melalui fasa kemurungan selepas bersalin (postpartum depression) selepas kelahiran anak keduanya sehingga berdepan krisis identiti.

Menurut Syasya atau nama lengkapnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, dia berasa keliru dengan diri sendiri walaupun memiliki sokongan daripada orang sekeliling.

“Saya faham bila orang kata lepas bersalin macam semua benda tak boleh buat sebab saya lalui momen itu di mana saya rasa ada krisis identiti.

“Dalam hati saya tertanya-tanya, ‘apa aku nak jadi sebenarnya?’,” katanya.

Tambahnya, perbincangan bersama suami banyak membantu dirinya kembali menyedari potensi diri yang sebelum ini seakan dilupakan.

“Kadang-kadang kita lupa yang kita sebenarnya mampu buat sesuatu. Saya boleh menyanyi, menari dan itulah cara saya lepaskan tekanan.

“Bila buat semula, baru rasa ‘inilah cara saya menikmati hidup’,” ujarnya.

Bekas ahli kumpulan Dolla itu turut mengakui pengalaman selepas melahirkan anak kedua jauh berbeza berbanding kelahiran pertama.

“Anak pertama saya tak rasa sangat postpartum depression. Tapi anak kedua, saya ingat semuanya akan okey sebab dah ada pengalaman, rupanya silap.

“Walaupun tak keseorangan, tapi dalam hati saya rasa sunyi,” jelasnya.

Menurutnya, tempoh berpantang juga menjadi antara cabaran apabila dia merasakan kekosongan dari segi emosi dan spiritual.

“Waktu berpantang tak boleh solat, jadi saya rasa macam mana nak dekatkan diri dengan Allah.

“Tapi suami banyak bantu, dia nasihatkan baca buku-buku yang beri impak positif,” katanya.

Dalam masa sama, Syasya mengakui menguruskan dua anak kecil dalam satu masa bukan perkara mudah.

“Dua anak bawah usia dua tahun memang mencabar. Bila seorang menangis, seorang lagi pun menangis.

“Tapi saya masih belajar urus masa, dalam masa sama fokus pada pelajaran dan kerjaya,” ujarnya.

Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April 2024.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada Disember 2024 serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan hujung tahun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

YONEX EASY TEE

YONEX EASY TEE

JEEL Kurti & Pant Set - Ready Stock | Soft Material | Assorted Designs & Colours | Premium Material |

JEEL Kurti & Pant Set - Ready Stock | Soft Material | Assorted Designs & Colours | Premium Material |

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

Must Watch Video

Advertisement