Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Saya Tidak Akan Letakkan Diri Lagi Dalam…” - Zul Ariffin

“Saya Tidak Akan Letakkan Diri Lagi Dalam…” - Zul Ariffin

Sekilas

  • Zul Ariffin kini lebih berhati-hati dan memilih untuk bersuara dalam setiap babak lakonan selepas pengalaman kontroversi lalu yang pernah dihadapinya.
  • Pelakon itu menegaskan pentingnya kolaborasi dalam produksi dan mengingatkan agar berhati-hati dalam menerima skrip demi mengelak masalah yang tidak berbaloi.
  • Baru-baru ini, Zul menyambut baik tindakan platform iQIYI yang menangguhkan tayangan drama Madu atau Racun untuk penyuntingan semula susulan kontroversi kandungan.
Advertisement

Pernah berdepan kontroversi membabitkan kandungan lakonannya, pelakon Zul Ariffin mengakui pengalaman lalu membuatkannya kini lebih berhati-hati sebelum menerima atau melakukan sesuatu babak yang terkandung dalam skrip.

Mengulas mengenai kontroversi sebuah drama bersiri yang dihentikan sementara tayangannya baru-baru ini, Zul berkata, dia memahami situasi tersebut kerana pernah melalui pengalaman hampir sama sebelum ini.

Advertisement

“Saya tiada pilihan lain. Saya kena minta maaf (ketika itu). Jadi, saya nak tutup benda itu dan teruskan hidup.

“Saya dah melalui benda itu. Jadi, saya tidak akan meletakkan diri lagi dalam kedudukan yang membuatkan saya hanya menurut dan mengangguk terhadap apa sahaja yang mereka suruh buat atau apa yang ditulis dalam skrip. Tidak lagi,” katanya.

Zul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sambutan ulangtahun platform penstriman UTV dan tayangan telefilem lakonannya, Takdirnya Cinta di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Zul lagi, sebagai pelakon dia kini lebih memahami kepentingan bersuara dan berbincang dalam sesebuah produksi kerana lakonan merupakan satu proses kolaborasi.

“Kita berlakon dan kita faham erti kolaborasi. Kalau tidak, kita akan jadi dungu dan hanya mengikut.

“Kalau apa-apa berlaku, mereka akan ‘throw you under the bus’. Jadi, untuk lebih selamat, saya belajar perkara itu dengan cara yang sukar,” ujarnya.

Bagaimanapun, Zul menegaskan kenyataan tersebut bukan bertujuan menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya sekadar berkongsi pengajaran yang diperoleh daripada pengalamannya sendiri.

“Saya bukan nak menuding kepada sesiapa. Tetapi kalau perkara itu terjadi lagi pada masa hadapan, berhati-hatilah.

“Ia tidak berbaloi. Ini hanya kerja, bukannya perkara hidup dan mati,” katanya.

Dalam masa sama, Zul menyambut baik tindakan yang diambil terhadap kandungan yang mencetuskan kontroversi.

“Kalau ada tindakan, baguslah. Sekurang-kurangnya ada tindakan. Cuma banyak juga perkara berlaku sebelum ini, tidak ada tindakan pun.

“Mungkin tindakan itu diambil secara bermusim atau mengikut orang tertentu, tetapi saya tidak tahu. Saya cakap saja,” ujarnya.

Terdahulu, Zul pernah mencetuskan kontroversi pada 2022 selepas berkongsi sedutan babak sebuah drama bersiri yang dianggap keterlaluan sehingga mengundang kecaman ramai.

Dia kemudiannya memohon maaf dan berjanji lebih berhati-hati sebelum didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial.

Baru-baru ini, platform penstriman iQIYI pula menurunkan sementara enam episod drama Madu atau Racun manakala baki episod ditangguhkan bagi membolehkan kesemua 12 episod disunting dan dinilai semula susulan kontroversi kandungannya.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must Watch Video

Advertisement