Skip to main content

Hiburan

Scha Alyahya Guna Pendekatan ‘Asian Mom’ Dalam Mendidik Anak-Anak, Amalkan Air Yassin - “Kalau Nakal, Saya Suruh Mereka Minum”

Scha Alyahya

Sekilas

  • Scha Alyahya dan suaminya, Awal Ashaari, menggunakan pendekatan berbeza dalam mendidik anak mereka, dengan Scha lebih tegas manakala Awal lebih santai.
  • Scha risau tentang peperiksaan anak sulungnya, Lara Alana, tetapi bersyukur kerana Lara rajin dan tidak mengeluh walaupun rutin harian padat.
  • Scha tidak mengamalkan ilmu syirik dalam kehidupan sebenar dan hanya menggunakan air Yassin di rumah, selain terlibat dalam filem 5 Bomoh bersama pelakon terkenal lain.
Advertisement

Pelakon, Scha Alyahya memaklumkan pendekatan yang diambil dalam mendidik dan membesarkan dua anaknya adalah berbeza dengan suaminya yang juga pengacara terkenal, Awal Ashaari.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, dia lebih memilih pendekatan untuk dengan cara yang lebih tegas seperti mana yang sering dipraktikkan golongan ibu di negara-negara Asia berbanding Awal yang dianggap lebih tenang.

Advertisement

Walau bagaimanapun, pelakon Awan Dania ini bersyukur pendekatan berbeza itu membuatkan kekeluargaan mereka saling melengkapi.

"Cara Awal lebih 'chill' dan santai sementara saya pula 'Asian mom', cara didikan orang Asia, semua benda nak dilakukan.

"Bila ada perbezaan begitu, kita lihatlah cara didikan mana yang lebih sesuai.

"Namun, kadang-kadang bagus juga bila kita ada kelainan antara suami isteri dan didikan anak itu jadi lebih seimbang," katanya kepada Gempak ketika ditemui pada malam gala filem 5 Bomoh baru-baru ini.

Tambah Scha, mengakui sedikit bimbang mengenai anak sulungnya, Lara Alana yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 43 tahun ini bersyukur kerana Lara merupakan seorang anak yang rajin dan tidak pernah mengeluh.

"Sebenarnya saya tengah risau sebab Lara kan menduduki peperiksaan besar dan ambil serius perkara tersebut.

"Saya ada juga minta Awal tegur Lara supaya belajar supaya tidak nampak saya seorang yang tegas.

"Namun, saya bersyukur ada anak seperti Lara yang tidak mengeluh  dan jalani sahaja rutinnya yang agak padat setiap hati. Saya kasihan dan risau dia penat tetapi nampak dia okey sahaja setakat ini," katanya lagi.

Ditanya mengenai filem 5 Bomoh, Scha  memaklumkan bahawa dia tidak mengamalkan ilmu syirik seperti yang disampaikan dalam lakonannya bersama Datuk Aaron, sebaliknya hanya mengamalkan air Yassin

"Tiada jumpa bomoh tetapi di rumah ada air Yasin sahaja, buat sendiri.

"Kalau anak-anak nakal, saya suruh mereka minum, itu cerita betul," ujarnya.

Terbaharu, Scha muncul dengan filem 5 Bomoh. Selain Scha dan Aaron, filem itu turut dibintangi, Ungku Hariz, Khairy Jamaluddin, Johan, Ozlynn, Datuk Amy Search dan Datuk Afdlin Shauki.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

Must Watch Video

Advertisement