Skip to main content

Hollywood

Sean “Diddy” Combs Didakwa Hidup Mewah dalam Penjara, Rakan Banduan Bersihkan Tandas hingga Ada Telefon Bimbit

Sean “Diddy” Combs Didakwa Hidup Mewah dalam Penjara, Rakan Banduan Bersihkan Tandas hingga Ada Telefon Bimbit

Sekilas

  • Sean ‘Diddy’ Combs didakwa menjalani kehidupan mewah di penjara FCI Fort Dix, New Jersey dengan membelanjakan ribuan dolar sebulan dan memiliki barangan terlarang seperti telefon bimbit dan minuman beralkohol.
  • Beberapa banduan dilaporkan membantu Combs dengan urusan harian termasuk memasak, membersihkan, dan memberikan urutan, manakala Combs juga didakwa menggunakan telefon terlarang untuk melayari Instagram dan menonton dokumentari.
  • Jurucakap Combs menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau menjalani hukuman mengikut peraturan sambil menunggu keputusan rayuan mahkamah.
Advertisement

Mogul rap terkenal dunia, Sean ‘Diddy’ Combs didakwa menjalani kehidupan mewah di dalam penjara yang menjadi ‘rumah baharunya’ di  FCI Fort Dix, New Jersey.

Combs, 56, didakwa membelanjakan ribuan dolar sebulan bagi menikmati kehidupan lebih selesa ketika menjalani hukuman. Malah rapper tersebut turit didakwa memperoleh beberapa barangan terlarang termasuk telefon bimbit dan minuman beralkohol sepanjang menjalani hukuman penjara, lapor NBC News.

Advertisement

Menurut laporan sama, Combs turut dilihat dipercayai menggunakan telefon bimbit terlarang menerusi satu rakaman yang dikongsikan NBC News di Instagram.

“Ini bukan sesuatu yang biasa anda lihat dalam penjara. Ini kehidupan mewah orang kaya. Memang nampak gila, tetapi sekali lagi, dia ialah Diddy,” kata seorang daripada empat individu yang ditemu bual NBC News.

Menurut sumber, terdapat beberapa banduan lain yang didakwa memasak dan membersihkan keperluan Combs, selain ada yang menguruskan pakaian serta memberikan urutan ala Cina kepadanya.

Advertisement

Beberapa sumber lain pula mendakwa penyanyi itu menggunakan telefon terlarang berkenaan untuk melayari Instagram, selain melihat gambar berunsur seksual yang dihantar oleh bekas kekasihnya.

Combs juga didakwa kerap mengambil minuman beralkohol pada hujung minggu selepas mendapatkan bekalan minuman keras premium.

“Ya, saya memang minum bersama dia,” kata salah seorang sumber yang mendakwa pernah menikmati minuman cognac Hennessy bersama Combs.

Selain itu, Combs didakwa mendapatkan ubat antidepresan Remeron daripada banduan lain, menurut laporan berkenaan.

NBC News turut melaporkan seorang banduan akan membersihkan tandas dan ruang mandian Combs sebelum digunakan olehnya.

Banduan lain pula didakwa menyediakan hidangan istimewa untuknya, termasuk ayam kari, piza dan empanada.

Makanan berkenaan dikatakan dimasak menggunakan peralatan pemanas buatan sendiri yang direndam di dalam air.

Sumber turut mendakwa terdapat banduan yang menyimpan surat daripada peminat yang diterima Combs, selain telefon bimbit miliknya.

“Jumlahnya terlalu banyak. Dia sendiri tidak mempunyai ruang untuk menyimpannya,” kata seorang sumber.

Dalam pada itu, dua sumber mendakwa Combs turut memiliki sebuah tablet yang telah diubah suai atau ‘jailbroken’, yang digunakannya untuk menonton filem dan dokumentari.

Antara kandungan yang didakwa ditonton termasuk siri dokumentari Netflix, Sean Combs: The Reckoning.
Bagaimanapun, jurucakap Combs menafikan gambaran bahawa kehidupan anak guamnya di penjara adalah seperti yang dilaporkan.

“Pemerhatian berterusan terhadap setiap perkara kecil dalam kehidupan Sean Combs di penjara kini sampai ke tahap media menganggap rutin kehidupan penjara sebagai satu berita.

“Berita sebenar ialah Sean terus menjalani hukumannya mengikut peraturan dan dengan sabar menunggu keputusan mahkamah berhubung rayuannya,” ujar jurucakap Combs kepada People.

Bintang sensasi tersebut sebelum ini disabitkan atas dua pertuduhan membawa individu merentasi negeri bagi tujuan pelacuran dan dijatuhi hukuman 50 bulan penjara persekutuan pada tahun lalu.

Sementara itu, jurucakap Biro Penjara Persekutuan Amerika Syarikat (Federal Bureau of Prisons) berkata pihaknya tidak akan mengulas mengenai keadaan tahanan mana-mana individu.

“Demi privasi, keselamatan dan sekuriti, kami tidak mengulas mengenai keadaan penahanan mana-mana individu yang dipenjarakan, termasuk sama ada seseorang individu itu menjadi subjek kepada dakwaan, siasatan atau tindakan tatatertib,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

TuneTalk HaloTelco Sim Card | Simkad Tune Talk Halo Telco Unlimited Speed 4G 5G Full Hotspot

TuneTalk HaloTelco Sim Card | Simkad Tune Talk Halo Telco Unlimited Speed 4G 5G Full Hotspot

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

Corduroy Pants For Men Korean Khaki Baggy Straight Cut Slacks Slocks Trouser Pants Man

Corduroy Pants For Men Korean Khaki Baggy Straight Cut Slacks Slocks Trouser Pants Man

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video

Advertisement