Ringkasan AI
- Sean Diddy Combs ditangkap kerana membuat alkohol sendiri di dalam penjara Fort Dix, New Jersey.
- Beliau menggunakan gula, Fanta, dan buah epal untuk menghasilkan alkohol yang perlu diperam selama dua minggu.
- Diddy dipercayai memanfaatkan kelemahan keselamatan dalam penjara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.
- Selepas kejadian, Diddy akan dipindahkan ke sel baharu walaupun tiada kenyataan rasmi dari pihak penjara.
- Bintang rap berusia 56 tahun itu sedang menjalani hukuman 11 tahun atas kesalahan pelacuran.
Taikun hiburan dunia, Sean Diddy Combs yang sedang menjalani hukuman di Fort Dix, New Jersey ditangkap membuat alkohol sendiri dan mabuk di dalam penjara.
Diddy dilaporkan membancuh tiga bahan untuk menjadikan alkohol. Bahan-bahan tersebut adalah gula, Fanta dan buah epal. Alkohol buatan Diddy itu perlu diperam sekurangnya dua minggu sebelum boleh diminum, lapor TMZ.
Penyanyi I’ll Be Missing You itu didakwa mendapatkan bahan-bahan tersebut kerana sekuriti yang longgar di dalam penjara.
Selepas ‘ditangkap’, Diddy, 56, dikatakan akan dialih ke sel baharu. Namun pihak penjara tidak memberi kenyataan rasmi mengenai laporan yang dikeluarkan.
Bintang rap itu ditahan di penjara selama 11 tahun selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan pelacuran.