Skip to main content

Hiburan

Sebab Buzz Lightyear ,Tim Allen Tak Boleh Bercakap

Astrogempak Tim

Sekilas

  • Pelakon Tim Allen sering mengelak bercakap di tempat awam kerana suaranya mudah dikenali sebagai Buzz Lightyear dalam filem Toy Story.
  • Isterinya, Jane Hajduk, selalu menasihatinya supaya tidak bercakap kuat ketika menghadiri acara awam seperti perlawanan bola sepak atau teater.
  • Tim Allen akan kembali membawa watak Buzz Lightyear dalam Toy Story 5 yang akan ditayangkan pada 19 Jun ini.

Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Tim Allen mendedahkan dia sering mengelak daripada bercakap di tempat awam kerana suaranya terlalu mudah dikenali sebagai watak ikonik Buzz Lightyear dalam francais filem animasi Toy Story.

Menurut Allen, isterinya, Jane Hajduk sering mengingatkannya supaya tidak bercakap terlalu kuat apabila mereka menghadiri acara awam seperti perlawanan bola sepak atau persembahan teater.

“Isteri saya suka pergi ke perlawanan bola sepak dan saya pun suka. Tetapi saya tidak boleh bercakap di tempat awam kerana Buzz Lightyear.

“Saya seorang yang sangat menjaga privasi. Jika kami duduk di tempat penonton untuk menyaksikan pasukan kegemarannya bermain, dia akan beritahu saya, ‘Diam. Kalau nak makan apa-apa, bisik sahaja kepada saya. Biar saya yang pergi beli,’” katanya dalam satu temu bual bersama SiriusXM.

Memetik laporan media antarabangsa, pengaruh watak Buzz Lightyear dalam hidup Allen masih kuat meskipun hampir tiga dekad berlalu sejak filem pertama Toy Story ditayangkan pada 1995.

Malah, dia turut berkongsi satu insiden lucu ketika menghadiri pementasan teater The Wiz di Chicago bersama keluarganya.

Menurut Allen, isterinya mengingatkan supaya dia tidak bercakap, namun apa yang berlaku selepas itu lebih menghiburkan apabila beberapa penonton di belakang mereka tersalah sangka identitinya.

“Kami sedang menonton persembahan dan saya bangun untuk berjalan seketika. Tiba-tiba tiga wanita di belakang saya berkata, ‘Tom, kami sangat sukakan awak dalam Toy Story.’

“Saya terus fikir, ‘Oh tidak,’” katanya sambil ketawa.

Insiden tersebut dipercayai berlaku apabila penonton terbabit menyangka Allen adalah Tom Hanks yang turut membintangi Toy Story sebagai suara kepada watak Woody.

Untuk rekod, Allen telah menghidupkan watak Buzz Lightyear sejak filem pertama Toy Story dan bakal kembali membawa karakter tersebut dalam Toy Story 5 yang dijadualkan menemui penonton pada 19 Jun ini.

Sumber: People

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement