Skip to main content

Hiburan

“Sebenarnya Saya Tak Pandai…” - Wani Kayrie

“Sebenarnya Saya Tak Pandai…” - Wani Kayrie

Sekilas

  • Wani Kayrie mula serius dalam penulisan lagu dengan terlibat dalam lagu terbaharu, Pulang, sebagai langkah awal mengasah kemahiran menulis lirik.
  • Wani mengakui masih belajar menulis lirik dan berharap karya-karyanya diterima serta dihargai oleh peminat dan pendengar.
  • Muzik video Pulang sudah capai lebih 100,000 strim di YouTube dan menerima komen positif, dengan netizen memuji penampilan Wani yang unik dan sesuai dengan genre lagu tersebut.
Advertisement

Penyanyi Wani Kayrie melihat penglibatannya dalam penulisan lagu terbaharu, Pulang, sebagai satu permulaan untuk dirinya lebih serius mempelajari selok-belok menghasilkan karya sendiri.

Menurut Wani, sebelum ini dia juga pernah terlibat dalam penulisan beberapa lagu termasuk menerusi album W2K, antaranya Biarkan yang mempunyai elemen power ballad.

Advertisement

“Ada beberapa lagu yang memang saya dah bekerjasama dengan komposer juga. Macam sebelum ni one of lagu saya dalam album W2K iaitu lagu Biarkan, lagu power ballad pun memang Wani ada tulis juga.

“Ada involved, dan lagu Pulang ni pun saya involved juga dalam penulisannya,” katanya.

Bagaimanapun, Wani atau nama lengkapnya Syazwani Abdullah mengakui dirinya masih dalam proses untuk belajar menulis lirik kerana menyifatkan kemahiran tersebut bukanlah kekuatannya sebelum ini.

Justeru, Pelantun lagu Biarkan itu menganggap penglibatannya dalam penulisan Pulang sebagai langkah awal untuk dirinya mengembangkan kemahiran tersebut pada masa akan datang.

“Insya-Allah, ini sebenarnya adalah permulaan untuk saya belajar. Sebab Wani sebenarnya tak pandai tulis lirik tetapi apabila disuruh untuk belajar oleh komposer-komposer yang saya bekerja, jadi saya ambil cabaran itu untuk, ‘Okeylah, saya cuba’. 

“Kiranya itu adalah permulaan saya. Mungkin lepas ni kalau lagu seperti Pulang ni diterima, insya-Allah lepas ni saya boleh tulis full ataupun berkolaborasi dengan komposer lain pula. So, it’s a good start for me,” katanya.

Dalam pada itu, Wani turut berharap setiap karya yang dihasilkan dapat diterima dan dihargai oleh peminat serta pendengar.

“Saya mengharapkan agar semua orang menghargai dan menerima setiap apa karya yang saya keluarkan untuk semua,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, muzik video lagu Pulang sudah mencapai lebih 100,000 strim di laman Youtube selain menerima komen positif daripada peminat. 

Malah ada yang menyifatkan penampilan Wani menerusi MV berkenaan seakan-akan seorang puteri dari dunia fantasi. 

“Lepas dah tengok MV ni, now "petition for KRU to make another Magika-kind-of-movie"! Kita dah ada heroin!!

“Aku setuju bila Ajai cadang kembalikan semula genre Etnik Kreatif, Pop Rock, Balada dalam Anugerah Juara Lagu....

“Patutnya dia kekal dgn genre mcm ni, sesuai sgt dgn karakter & vokal dia,

“Terlalu comel ya MV kali ni  Rasanya mcm tgh tgk puteri  Love teruksss !!!

“Wani mmg sesuai dgn lagu-lagu genre mcm ni. Wani please banyakkan lagi lagu genre mcm ni. Lama tak dapat vibe macam ni.

“Dia mcm ala ala vibe seram yang tidak menakutkan. Fahammm tak? Loveeee sangattt. Mcm tengok puteri kerajaan bunian yang cantik dan dayang-dayangnya. Keep up this great art Wanii ✨

“Wani mmg sesuai dgn lagu-lagu genre mcm ni. Wani please banyakkan lagi lagu genre mcm ni,” komen netizen. 

 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement