Skip to main content

Hiburan

Sedar Diri Belum Layak Beraksi Di Pementasan, Fadhli Masoot Tetap Puas Dapat Hadir Ke Uji Bakat - “Rasa Kerdil Berbanding Mereka Yang…”

ASTROGEMPAK Fadhli

Sekilas

  • Pelakon Fadhli Masoot pada mulanya enggan menghadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical kerana merasakan dirinya kurang kemahiran pentas.
  • Dia berkongsi di Threads bahawa walaupun sedar diri tidak sehebat yang lain, dia tetap mempunyai jiwa dan tekad untuk mencuba.
  • Fadhli akhirnya hadir uji bakat selepas dipanggil oleh rakannya dan berasa puas walaupun masih belum cukup bersedia.
Advertisement

Pelakon Fadhli Masoot menganggap dirinya tidak sehebat pelakon yang mempunyai kemahiran dalam pementasan dan menyebabkan pada mulanya dia enggan untuk mencuba nasib menghadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Fadhli berkata biarpun dia menyedari dirinya kerdil namun tetap mempunyai jiwa dan tekad dalam melakukan sesuatu. 

 

“Masa ujibakat dibuka, kita perasan. Cuma lebih pilih diam dan teruskan kerja yang ada. Bukan sebab apa, sedar diri, kot? 

 

“Kerdil berbanding mereka yang mungkin kemahiran pentas tiada tapi punyai jiwa dan tekad nyata,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Fadhli bagaimanpun akhir menghadiri uji bakat tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada seorang rakannya. 

 

Biarpun berasa gementar dah menyedari dirinya belum mampu untuk melakukannya namun tetap berpuas hati mencuba peluang tersebut. 

 

“Dalam sibuk menjadi anak pantai Timur, dapat satu panggilan dari teman di KL untuk minta hadir ke ujibakat tertutup sebab belum jumpa siapa orangnya.

 

“Jantung berdebar, nafas kelaut, mata gelap cerah. Masalahnya, tetap sedar yang diri belum mampu. Datang juga. Puas! Terima kasih,” ujarnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement