Skip to main content

Hiburan

Sedar Diri Tak Ada Bakat Menyanyi, Aizat Saha Tolak Tawaran Rakam Lagu - “Saya Takkan Buat Sebab Enggan Malukan Diri”

ASTROGEMPAK Aizat Saha

Sekilas

  • Aizat Saha tidak berminat menceburi bidang nyanyian kerana sedar kekurangan bakat dan pernah menolak tawaran rakaman lagu.
  • Beliau menasihatkan agar setiap individu sedar tahap kemampuan diri sebelum cuba dalam bidang nyanyian dan perlu belajar jika benar-benar berminat.
  • Dalam drama mikro Di Sebalik Cahaya Raya, Aizat menghadapi cabaran miming dan belajar bermain gitar untuk babak lakonan walaupun bukan penyanyi.
Advertisement

Menyedari diri tidak mempunyai bakat menyanyi, pempengaruh dan pelakon Aizat Saha tidak berhasrat menceburi bidang nyanyian walaupun ramai artis sepertinya kini menghasilkan lagu.

 

Advertisement

Malah kata pelakon berusia 30 tahun ini dia terpaksa menolak beberapa tawaran untuk merakam lagu kerana tidak mahu memalukan diri sendiri.

 

"Saya hanya buat apa yang boleh dan mampu. Jika tidak mampu, saya memang tidak akan buat sebab tidak mahu memalukan diri sendiri.

Advertisement

 

"Tentang isu ramai 'influencer' mengeluarkan lagu, bagi saya kita perlu sedar tahap kemampuan diri masing-masing," katanya kepada Gempak. 

 

Bagaimanapun, Aizat yang juga seorang pereka fesyen itu menghormati impian setiap individu dalam hidup mereka.

 

"Mungkin sesetengah orang mempunyai impian besar, tetapi jika mereka benar-benar minat menyanyi, mereka perlu pergi belajar dan melakukan persediaan rapi untuk menjadi penyanyi," ujarnya.

 

Berkongsi pengalaman berlakon dalam drama mikro Viu berjudul Di Sebalik Cahaya Raya, Aizat memberitahu dia sudah tiga kali bekerjasama dengan penyanyi Nabila Razali.

 

Dari segi cabaran pula, Aizat perlu melakonkan babak menyanyi dalam drama tersebut sedangkan beliau bukan seorang penyanyi.

 

"Jadi, saya perlu melakukan teknik miming dan ia agak sukar kerana perlu diselaraskan (connect) dengan suara yang sudah mendapat sentuhan kecerdasan buatan (AI).

 

"Bagi babak bermain gitar pula, saya memang belajar secara khusus untuk projek ini," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

(SELUAR KERJA 28-48 ) 6 POKET KAIN COTTON cargo long pants 6 pockets seluar cargo lelaki

(SELUAR KERJA 28-48 ) 6 POKET KAIN COTTON cargo long pants 6 pockets seluar cargo lelaki

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement