Aktres Kim Ga-eun, 36, dan Yoon Seon-woo, 40, akhirnya berkahwin selepas menjalani hubungan sejak 10 tahun lalu.
Pasangan selebriti tersebut berkahwin pada 26 Oktober 2025 dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat di Seoul, Korea Selatan, lapor OSEN.
Advertisement
“Saya berjanji untuk menghabiskan hayat bersama Kim Ga-eun.
“Saya akan sentiasa ada dan melindungi dia, menghormati antara satu sama lain serta menghabiskan masa emas bersamanya.
“Terima kasih untuk semua sokongan dan restu untuk permulaan baharu kami ini,” ujar Yoon Sun-woo menerusi pengumuman perkahwinan mereka melalui SNS.
Ga eun dan Sean woo pertama kali bertemu selepas terlibat dalam drama KBS2, Ilpyeondansim Mindeulle pada tahun 2015 dan mula menjalin hubungan bersama.
Hubungan mereka terjalin secara semula jadi daripada perkenalan biasa sehingga pasangan kekasih sebelum memutuskan berkahwin seteleh sedekad mengenali hati budi masing-masing.
Berita perkahwinan mereka mendapat respons positif dalam kalangan peminat.