Skip to main content

Hollywood

Sedekad Tinggal Di Dubai & Kini Terlibat Konflik Perang, Lindsay Lohan Doa: “Semoga Tuhan Merahmati Kita”

Astro Gempak lindsay (1)

Sekilas

  • Lindsay Lohan yang menetap di Dubai bersama keluarga memberi pesanan keamanan buat Dubai dan negara Timur Tengah yang terlibat konflik peperangan.
  • Lohan mengesahkan dia dan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan berkongsi doa agar situasi kucar-kacir akibat peperangan segera berakhir.
  • Pelakon itu telah menetap di Dubai lebih 10 tahun selepas berkahwin dengan usahawan Kuwait, Bader Shammas, dan mereka dikurniakan anak sulung pada Julai 2023.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon Lindsay Lohan menitipkan pesan keamanan buat Dubai dan negara Timur Tengah yang terlibat dengan konflik peperangan antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran yang memuncak sejak Sabtu.

Lohan yang sudah lebih 10 tahun menetap di Dubai selepas berkahwin dengan usahawan asal Kuwait, Bader Shammas, dan membesarkan anak mereka bersama di sana juga memberi khabar dia dan keluarga berada dalam keadaan selamat.

Advertisement

“Mereka beritahu mereka okay,” ujar satu sumber kepada TMZ.

Lohan, 39, juga menitipkan doa agar keadaan kucar kacir yang berlaku kesan peperangan yang tercetus berakhir, di Insta Story miliknya.

“Saya mendoakan keamanan, kesejahteraan. Tolong jaga diri semua. Semoga Tuhan merahmati kita,” tulisnya seperti dilaporkan DailyMail.uk.

Advertisement

Peperangan meletus sekitar satu minggu selepas Lohan muncul sebagai muka depan majalah Vogue. Antara butiran temu bual, Lohan memberitahu selesa menetap di Dubai kerana ia memberi kehidupan yang seimbang buatnya.

Terdahulu, Lohan dan Shammas bertemu pada 2020, mengambil keputusan bertunang setahun kemudian sebelum berkahwin pada 2022. Mereka dikurniai anak sulung pada Julai 2023.

Anda mungkin berminat dengan

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

(Refine by Lovito) Casual Top Ruffle Hem Spring/summer Black and White Top for Women LR12A232 (Refine by Lovito) Ruffle Ruffle Hem Koanga/raumati Top Pango me te Ma mo nga Wahine LR12A232

(Refine by Lovito) Casual Top Ruffle Hem Spring/summer Black and White Top for Women LR12A232 (Refine by Lovito) Ruffle Ruffle Hem Koanga/raumati Top Pango me te Ma mo nga Wahine LR12A232

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Must Watch Video

Advertisement