Skip to main content

Selebriti

Sedih Dakwaan Digam, Aliff Aziz Percaya Pada Rezeki - “Bukan Kuasa Saya Untuk…”

Aliff Aziz

Sekilas

  • Aliff Aziz tidak mahu mengulas dakwaan namanya digam oleh stesen TV susulan kontroversi rumah tangganya sebelum ini.
  • Aliff percaya rezeki dan tawaran kerja adalah ketentuan Allah dan akan memberikan yang terbaik jika diberi peluang.
  • Aliff kini membintangi drama terbaru Madu Atau Racun yang akan ditayangkan di iQIYI mulai 14 Ogos ini.
Advertisement

Pelakon, Aliff Aziz tidak mahu mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mendakwa namanya digam oleh stesen televisyen susulan kontroversi rumah tangganya beberapa tahun lalu.

Menurut Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 35, dia tidak mampu untuk mengawal atau mempengaruhi mana-mana pihak dalam aspek pemilihan pelakon untuk sebarang naskhah.

Advertisement

Namun dia percaya, setiap rezeki dan tawaran pekerjaan juga merupakan ketentuan Allah.

“Saya bukan bertugas di stesen televisyen (TV) tempatan. Jadi, saya sendiri tidak pasti dan tidak berani mengulas apa yang sebenarnya dibincangkan atau sama ada perkara itu benar atau tidak.

“Bagi saya, saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa di mana ada rezeki, di situlah saya akan memberikan yang terbaik.

“Katakan selepas ini ada peluang di stesen TV tempatan, saya juga akan lakukan sebaik mungkin. Bukan dalam kawalan atau kuasa saya untuk menentukan siapa yang dipilih atau tidak dipilih,” tegasnya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama terbaharu terbitan iQIYI, Madu Atau Racun di A Quite Place, pada Isnin.

Bagaimanapun kata Aliff, dia juga merupakan manusia biasa yang mempunyai perasaan namun dia memilih untuk melihat setiap dugaan daripada sudut lebih positif.

“Sekiranya ada mendengar perkara seperti itu, sudah tentulah ada rasa sedih. Tetapi saya akan kembali mengingatkan diri bahawa mungkin Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik.

“Apabila saya fikir ada yang lebih baik menanti, saya tidak terlalu tertekan. Walaupun ada yang berkata mereka tidak mahukan saya berada di sesuatu tempat, Alhamdulillah masih ada pihak lain yang memberikan peluang,” katanya.

Sebelum ini, ketiadaan Aliff menerusi sebarang naskhah di layar kaca menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton termasuk ada yang mendakwa aktor kelahiran Singapura itu ‘digam’ daripada muncul di saluran TV tempatan.

Dalam perkembangan lain, Aliff membintangi drama Madu Atau Racun arahan Eyra Rahman yang bakal menemui penonton menerusi platform iQIYI mulai 14 Ogos ini.

Drama 12 episod yang memaparkan konflik rumah tangga dan penuh emosi itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Uqasha Senrose, Elisya Sandha, Adlin Aman Ramlie, Liza Abdullah, Aprena Manrose dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement