Pelakon Indonesia, Jefri Nichol mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang dan sederhana selepas menjalinkan hubungan cinta dengan personaliti media sosial popular, Ameera Khan.
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, Jefri, 25, mendedahkan dirinya kini lebih selesa meluangkan masa di rumah berbanding keluar bersosial seperti dahulu.
Advertisement
“Semenjak bersama Ameera, saya lebih suka duduk rumah. Ramai tak percaya tapi ini betul.
"Sisi suka bermain game keluar kembali. Sebab dua tiga tahun lepas saya suka keluar malam.
“Tapi selepas bersama Ameera, saya rasa tiada sebab lagi untuk meneruskan aktiviti malam,” ujarnya.
@ureportid Semenjak pacaran sama pacarnya yang sekarang, Jefri Nichol jadi anak rumahan [cr: yt @radityadika @Jefri Nichol] #radityadika #jefrinichol #podcastclips #relationship #foryoupage ♬ Merindu Lagi - Mesa Hira & Yovie Widianto
Tambah pelakon Dear Nathan itu lagi, hubungan mereka yang semakin rapat juga membuatkan mereka tidak pernah terlepas berhubung setiap hari.
“Bangun tidur, masih on-the-phone.
“Kalau panggilan itu terputus, kami terus telefon semula.
“Kami belum pernah tidak menghubungi antara satu sama lain, sentiasa on-the-phone,” katanya sambil tersenyum.
Sebelum ini, hubungan rapat antara Jefri dan Ameera sering menjadi perhatian peminat sehingga ada yang menggelarkan mereka sebagai salah satu pasangan paling romantik di Indonesia dan Malaysia.
Hubungan itu mula dihidu ramai sejak awal tahun ini apabila pasangan berkenaan sering berkongsi foto bersama di media sosial dan saling meninggalkan komen mesra pada hantaran masing-masing.