Skip to main content

Hiburan

Sejarah Tercipta! Yuna Jadi Selebriti Malaysia Pertama Dapat 1 Billion Streams Di Spotify

Yuna

Sekilas

  • Yuna menjadi artis Malaysia pertama yang mencapai 1 billion stream di Spotify.
  • Beliau mempunyai lebih 3.7 juta pendengar bulanan dan 476,000 pengikut di platform tersebut.
  • Negara dengan pendengar tertinggi termasuk Amerika Syarikat, Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Australia.
Advertisement

Penyanyi, Yuna melakar sejarah apabila menjadi artis Malaysia pertama yang mencecah 1 billion stream di platform muzik Spotify.

Menerusi hantaran yang tular di Threads, Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Zarai dilihat menduduki tempat pertama diikuti Fish Leong (590M) dan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (549M).

Advertisement

Berdasarkan perkongsian itu juga, Yuna dilihat mempunyai lebih 3.7 juta pendengar bulanan serta jumlah pengikut melebihi 476,000 pengguna.

Antara negara yang mencatatkan jumlah pendengar tertinggi untuk karya Yuna termasuk Amerika Syarikat, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Australia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga terhadap pelantun lagu Terukir di Bintang itu atas kejayaan tersebut.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement