Skip to main content

Hiburan

“Sejujurnya Saya Kecewa Kerana Tak Pernah Terlepas…” - Syamel

Syamel

Sekilas

  • Syamel terkilan terlepas konsert KRU yang berlangsung pada hari sama dengan showcase pertamanya, walaupun hampir semua lagu popularnya diterbitkan oleh Edry Abdul Halim dari KRU.
  • Edry tidak dapat hadir ke showcase Syamel, menyebabkan Syamel rasa ralat walaupun mereka tetap berhubung dan berkongsi video masing-masing.
  • Showcase Syamel mendapat sambutan hangat dengan tiket habis terjual, di mana dia menyampaikan lagu-lagu hit dan dua single baharu dalam persembahan selama satu jam 30 minit.

Biarpun syukur atas kerjayaan Showcase Pertama – A New Journey Together with Me pada Sabtu, penyanyi Syamel berkata dia terkilan apabila terlepas menonton konsert KRU yang berlangsung pada hari yang sama. 

 

Syamel memberitahu hampir kesemua lagu yang popularnya diterbitkan oleh salah seorang anggota KRU iaitu Edry Abdul Halim.  

 

“Sejujurnya saya kecewa kerana tak pernah terlepas konsert KRU sebelum ini. Edry pula orang yang begitu penting dalam perjalanan kerjaya saya.

 

“Hampir semua lagu saya yang popular diterbitkan olehnya. Kebanyakan karya saya terhasil daripada kerjasama kami,” katanya.

 

Dalam masa sama, suami kepada penyanyi Ernie Zakri ini turut berasa sedih apabila Edry tidak dapat hadir pada showcase sulungnya itu.

 

“Bila Edry tak dapat hadir, memang rasa ralat. Tapi semuanya kebetulan, tarikh showcase saya sama dengan konsert KRU.

 

“Apa pun kami tetap berhubung, saling berkongsi video masing-masing. Cuma saya tetap rasa kekurangan bila dia tak ada di sini,” ujarnya.

 

Ditanya mengenai luahan hati peminat yang mempersoalkan penganjuran dua persembahan pada tarikh sama, Syamel melihat situasi itu daripada sudut positif.

 

“Ramai tinggalkan komen dan tanya kenapa bertembung dengan konsert KRU. Kadang-kadang saya lupa yang peminat Edry juga mendengar lagu-lagu saya sebab kami banyak bekerjasama. Jadi mereka pun rasa serba salah sebab sudah beli tiket KRU.

 

“Saya anggap semuanya sudah tertulis… mungkin kita kena lalui jalan berliku sebelum sampai ke destinasi. Saya sangat tersentuh sebab ramai sanggup hadir dan sokong showcase saya. Alhamdulillah, tiket habis terjual,” jelasnya..

 

Showcase Pertama – A New Journey Together with Me, Syamel mendapat sambutan luar biasa apabila tiket habis terjual.

 

Sepanjang showcase yang berlangsung selama satu jam 30 minit itu, Syamel mempersembahkan rangkaian lagu hit termasuk Hidup Dalam Mati, Belakang Tabir, Lebih Sempurna, Beribu Tanda Tanya, Bahagia Milik Kita, Kau Pun Sama serta dua single baharu Hingga Hujung Waktu dan Dalam Kenangan.

Must-Watch Video

Advertisement