Skip to main content

Hiburan

Sekali Lagi Amyza Aznan Diuji Di Bulan Ramadan, Anak Kedua Pula Disahkan Kanser Tulang - “Saya Manusia & Juga Ibu, Ada Berbagai Rasa Tapi…”

ASTROGEMPAK Amyza Aznan

Sekilas

  • Pelakon Amyza Aznan berkongsi berita sedih apabila anak keduanya, Adrian Adam, disahkan menghidap kanser tulang pada bulan Ramadan ini.
  • Ini mengulangi pengalaman pahit tahun lalu apabila anak sulungnya, Andre Mikhail, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
  • Amyza memohon doa dan kekuatan untuk anak-anaknya sambil menghadapi dugaan ini sebagai seorang ibu.

Dugaan buat pelakon Amyza Aznan di bulan Ramadan apabila anak keduanya iaitu Adrian Adam pula disahkan menghidap kanser tulang. 

 

Menurut pelakon berusia 50 tahun ini, penyakit yang dihidap anaknya itu hanya diketahui pada bulan ini sekaligus mengulangi detik pahit yang sama dilalui tahun lalu. 

 

"Hari ini, Ramadan pertama di bulan Februari iaitu bulan kelahiran anak-anak saya. Sama seperti yang berlaku tahun lalu, anak saya Andre Mikhail 18 tahun disahkan kanser paru-paru. 

 

"Pada tahun ini, bulan Ramadan dan Februari juga kelahiran anak saya iaitu Adrian Adam, dia pula disahkan kanser tulang," katanya menerusi perkongsian di Threads. 

 

Mengakui perasaan bercampur-baur namun Amyza tetap kuat demi anak-anak tercinta.

 

"Saya manusia dan juga ibu, ada berbagai rasa tetapi tidak terluah dan takut untuk meluah. Hanya mampu memohon tumpangkan doa untuk anak-anak saya," ujarnya. 

 

Untuk info, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada Februari tahun lalu. 

 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anak sulungnya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor. 

 

Andre kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must-Watch Video

Advertisement