Selena Gomez dan tunangnya, Benny Blanco, 37, akhirnya rasmi menjadi suami isteri.
Pasangan selebriti itu diketahui telah berkahwin di Santa Barbara, California pada 27 September lalu.
Advertisement
Dan dengan santainya, Gomez mengumumkan perkahwinan dengan Blanco menerusi perkongsiang di Instagram.

Gomez, 33, dengan bangga berkongsi foto-foto pada hari bersejarah mereka yang kelihatan cukup bahagia.
Malah Blanco meninggalkan komen manis berbunyi: “Isteri saya dalam kehidupan nyata”.
Komen tersebut telah membuat pengguna media sosial dan peminat ikut meninggalkan ucapan manis dan berbahagia dengan perkahwinan mereka.
Gomez dan Blanco bertunang pada 2024 selepas berkenalan selama 10 tahun.