Sekilas
- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkongsi video tarian sempena Pesta Kaamatan yang lebih mudah berbanding tahun lalu di Instagram.
- Anak Bella Astillah, Ayden dan Ara, turut serta menari bersama dalam video tersebut.
- Netizen terhibur dengan usaha Syed Saddiq dan memberi komen positif mengenai peningkatan tarian serta semangat keluarga mereka.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi menyorot perhatian netizen selepas berkongsi video tariannya sempena Pesta Kaamatan.
Menerusi hantaran di Instagram, Syed Saddiq akui bersyukur kerana tarian yang dibuat kali ini lebih mudah berbanding tahun lepas.
“Selamat menyambut Hari Kaamatan & Gawai ❤️
“Tahun ni cikgu dah insaf. Demi menutup aib pelajar, assignment menari dibuat jauh lebih mudah.Akhirnya pelajar ni “lulus” juga… selepas x999 shoot 😌,” tulisnya di Instagram.
Lebih menarik, anak kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Ayden dan Ara turut sama menari bersama mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen masih terhibur melihat kesunguhan Syed Saddiq menari.
“Di tempat yang ketujuh…..peserta yang mewakili daerah…..Muar 😂 @syedsaddiq
“Wuv it… Walaupun … but A for amazing sportsmanship in partipation and effort !!! Woohooo. Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan
“Secara jujur, YB ada improvement sudah, nanti majlis kahwin mesti perfect sudah ni YB hahaha
“Masyaallah comelnya 😍 part yb tu nasib bkn burung terbang 😂
“Ok sdh bah tarian yb ni dari dulu, hasil tunjuk ajar bella dan anak-anak ☺️... good job👏..happy kaamatan
“Tahun ni 1 family😍😍😍,” komen netizen.
Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan Bella dan Saddiq menari tarian tradisional sempena Pesta Kaamatan yang disambut di Sabah.
Menerusi video tersebut, Bella dan Saddiq lengkap berbusana tradisional sambil menari beberapa tarian tradisi seperti Ngajat, Rejang Beuh, Sumazau serta Kuda Pacu.