Skip to main content

Hiburan

Selepas Emas, Sharul Kamal Beri 'Bayangan'

Bayangan

Selepas tampil dengan single, Emas penyanyi Sharul Kamal meneruskan perjalanan seninya dengan buah tangan terbaharu berjudul Bayangan. 

Menurut Shahrul, dia akui teruja mencipta lagu ini kerana Bayangan lahir daripada perjalanan peribadinya sebagai penyanyi dan penulis lagu.

“Menulis dan merakam Bayangan adalah proses yang sangat peribadi buat saya. Apabila ia dipilih sebagai OST untuk filem berskala besar seperti Magik Rompak, saya rasa bangga.

“Lagu ini membawa jiwa dan naratif yang saya percaya akan memberi emosi tambahan kepada penonton di pawagam,” katanya.

Sharul juga menegaskan bahawa perjalanan seninya masih panjang namun apa yang penting baginya ialah berkarya dengan keikhlasan demi peminat.

“Saya harap kedua-dua lagu ini dapat diterima, bukan hanya sebagai hiburan, tetapi sebagai karya yang meninggalkan kesan mendalam. Ini baru permulaan, dan saya berjanji akan terus berkarya dengan seikhlas hati demi peminat semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, karya ini turut mendapat sentuhan penyanyi Aepul Roza yang menyatakan keyakinan terhadap bakat Sharul.

Advertisement

“Saya sudah lama mengenali Sharul dan tahu betapa dalamnya jiwa muzik dia. Bila dia mempelawa saya untuk terlibat dalam Bayangan, saya terus setuju kerana saya percaya dengan bakat dan visinya. 

“Lagu ini bukan sahaja ada kekuatan melodi, tetapi juga punya cerita yang kuat, sesuai dijadikan OST,” kata Aepul.

Emas dan Bayangan menandakan fasa baharu buat Sharul sebagai artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment. 

Bayangan turut menjadi runut bunyi rasmi bagi filem Magik Rompak lakonan Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson dan Nadhir Nasar.

Filem arahan Adrian Teh ini telah menemui penonton di pawagam seluruh negara sejak 11 September 2025.

Must-Watch Video

Advertisement