Ringkasan AI
- DJ Bravy mengumumkan hubungan cintanya dengan pelakon Indonesia, Erika Carlina, telah berakhir sejak 1 November lalu.
- Bravy mengaku berlaku curang semasa mereka masih bersama dan mengesahkan mesej 'rindu' kepada wanita lain adalah benar.
- Mereka pernah berpisah sementara pada 22 Oktober sebelum Bravy cuba memperbaiki hubungan dan meminta maaf.
- Bravy pernah melamar Erika secara terbuka di pentas Synchronize Fest 2025 pada 5 Oktober lalu.
- Erika sebelum ini mengaku hamil anak luar nikah dan melahirkan bayi lelaki bernama Andrew Raxy Neil pada 1 Ogos, dengan Bravy menemani sepanjang proses bersalin.
Kecoh di media sosial apabila DJ Bravy mengumumkan sendiri bahawa hubungan cintanya dengan pelakon Indonesia, Erika Carlina, sudah berakhir.
Menerusi siaran langsung di akaun TikTok miliknya pada Isnin lalu, Bravy memaklumkan bahawa mereka telah membawa haluan masing-masing sejak 1 November lalu.
“Gue sama Erika sudah putus. Sebenarnya sudah putus dari tanggal 1 November… kami dah sepakat untuk tak bersama lagi, apatah lagi untuk menikah,” katanya.
Lebih mengejutkan, Bravy turut mengakui berlaku curang ketika masih menjalinkan hubungan dengan pelakon filem Pengantin Setan itu.
Tambahnya, mesej yang tersebar di media sosial yang menunjukkan dirinya menghantar pesanan 'rindu' kepada wanita lain juga bukan editan.
“Itu betul. Gue selingkuh, memang betul. Kami sempat bergaduh 22 Oktober, sempat putus, tapi gue cuba perbaiki dan minta maaf,” jelasnya.
Perkembangan terbaru itu menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan peminat kerana hubungan mereka sebelum ini dilihat sangat bahagia.
Malah, DJ Bravy pernah melamar Erika secara terbuka di atas pentas ketika acara muzik Synchronize Fest 2025 pada 5 Oktober lalu.
Sebelum ini, Erika mencuri perhatian ramai apabila mengakui hamil anak luar nikah menerusi temu bual dalam podcast milik Deddy Corbuzier pada Julai lalu.
Walaupun bukan bapa kandung kepada bayi tersebut, DJ Bravy sempat menemani Erika sepanjang proses bersalin pada 1 Ogos lepas.
Erika yang melahirkan bayi lelaki dinamakan Andrew Raxy Neil menerusi kaedah pembedahan caesarean berkata, nama itu telah dipilih sejak awal kehamilan selepas mengetahui jantina anaknya.