Skip to main content

Drama

Selepas Kak Ju & Zakwan, Kini Peguam Hana Pula Dibenci Netizen! - “Makin Naik Darah Tengok, Lawyer Pun Tak Function!”

Peguam Hana dibenci netizen

Sekilas

  • Penonton drama Bahagia Yang Tertangguh meluahkan rasa geram terhadap karakter peguam dalam satu babak yang tular.
  • Babak tersebut memaparkan perbincangan tegang antara Hana dan Zakwan bersama peguam masing-masing yang tidak berjalan lancar.
  • Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat dan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria serta boleh distrim di Sooka.

Selepas watak Kak Ju lakonan Rozita Che Wan dan Zakwan yang dimainkan oleh Izzue Islam, kini penonton drama trending iaitu Bahagia Yang tertangguh meluahkan rasa geram dengan karakter peguam pula.

Menerusi klip video pendek yang dimuat naik di Instagram BamBam Studio, kelihatan babak di mana Hana lakonan Nad Zainal bersama Zakwan sedang duduk semeja bersama peguam masing-masing.

Bagaimanapun, perbincangan mereka tidak berjalan dengan lancar dan kedua-duanya bertekak di meja tersebut.

Namun apa yang menimbulkan kemarahan penonton terhadap bukanlah perangai Zakwan sebaliknya kehadiran peguam yang dilabel sebagai tiada ‘function’.

Antara komen yang diberikan adalah:

 

 Bahagia yang tertangguh dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nad Zainal, Izzue Islam, Kamal Adli, Rozita Che Wan, Datin Seri Nina Juren, Mimi Erdina, Rosnah Johari, Riz Amin dan Adrean Mateen.

 

Saksikan  Bahagia Yang Tertangguh, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan juga boleh distrim di Sooka.
 

Must-Watch Video

Advertisement