Selepas mengejutkan ramai dengan penampilan tanpa tudung di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), penyanyi Putri Dahlia sekali lagi menjadi perhatian apabila memadam semua foto lamanya ketika berhijab di media sosial.
Menerusi tinjauan Gempak, hanya tinggal satu foto penyanyi berusia 21 tahun di Instagramnya iaitu momen ketika menghadiri AIM24 di Arena Stars, Genting Highlands, baru-baru ini.
Advertisement
Tindakan berkenaan nyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan keputusan penyanyi lagu Old Love itu.

“Orang buang gambar freehair sebab dah bertudung, kau buang gambar bertudung sebab freehair.
“But why? Dia nampak cantik sangat bila bertudung.
“Aurat tetap wajib ditutup, jangan pusing cerita macam-macam.
“Saya rasa sedih bila baca kenyataan dia. Wanita Islam sangat dimuliakan dan menutup aurat itu wajib selepas baligh, bukan selepas baik.
“Aku rasa lagi cantik bila bertudung,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, anak bongsu kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin itu menjelaskan keputusannya membuka hijab selepas 15 tahun berhijab adalah kerana mahu memulakan perjalanan baharu serta mendalami agama dengan lebih mendalam.
Keputusan tersebut turut mendapat sokongan penuh keluarga termasuk ibu serta abangnya.
Dalam masa sama, Dahlia turut mengumumkan mahu dikenali dengan nama pentas baharu iaitu Dahlia sahaja, menggugurkan nama Putri kerana terlalu sinonim dengan imej tertentu.