Skip to main content

Artis Antarabangsa

Seminggu Koma, Aktres Perancis, Nadia Fares Meninggal Dunia

Astro Gempak Nadia Fares

Sekilas

  • Aktres Perancis terkenal, Nadia Fares, meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas koma seminggu akibat serangan jantung.
  • Anak-anaknya mengesahkan berita kematian itu dan menyifatkan kehilangan ibu mereka sebagai kehilangan besar bagi Perancis.
  • Pihak berkuasa tidak menemui sebarang unsur mencurigakan dalam siasatan insiden yang berlaku di Paris.
Advertisement

Seminggu selepas berada dalam keadaan koma, aktres terkenal Perancis, Nadia Fares dilaporkan meninggal dunia.

Berita kematian Fares dikongsikan anaknya, Cylia dan Shana Chasman menerusi kenyataan yang diberikan kepada agensi AFP.

Advertisement

“Perancis telah kehilangan seniman besar tapi kami kehilangan ibu,” tulis kenyataan tersebut.

Fares meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas sebelumnya ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kolam renang pada 11 April di Paris, lapor People.

Media tempatan melaporkan pelakon The Crimson Rivers itu mengalami serangan jantung dan koma sebelum diumumkan meninggal dunia di Pitié-Salpêtrière Hospital pada Jumaat.

Pihak berkuasa tempatan juga sudah menjalankan siasatan mengenai punca insiden namun tidak menemui perkara yang mencurigakan.

Pelakon itu sebelum ini diketahui mempunyai beberapa riwayat penyakit kronik termasuk pernah menjalani pembedahan yang dijalani pada tahun 2007.

Selain itu dia juga pernah menjalani tiga pembedahan berkaitan hati.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement