Skip to main content

Hiburan

“Semoga Allah Beri Anda Cinta Yang Terasa Damai, Bukan Kekeliruan & Kegelisahan” - Syida Melvin

Syida Melvin

Sekilas

  • Syida Melvin berkongsi pesanan penuh makna di Threads selepas memfailkan perceraian dengan suaminya, Syafiq Azim.
  • Netizen memberi sokongan dan doa agar Syida tabah menghadapi ujian rumah tangga yang sedang berjalan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
  • Syida dan Syafiq berkahwin sejak 2019 dan dikurniakan tiga cahaya mata, manakala kes perceraian mereka masih dalam proses perbicaraan.
Advertisement

Hantaran pelakon Syida Melvin di platform Threads yang dimuat naik selepas berita dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syafiq Azim mengundang pelbagai reaksi netizen.

 

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Syida menitipkan pesanan buat wanita agar dapat merasai perasaan cinta dengan penuh ketenangan tanpa ada rasa kekeliruan dan kegelisahan.


 

“Perempuan kepada perempuan, semoga Allah memberi anda cinta yang terasa seperti kedamaian, bukan kekeliruan, kejelasan, bukan kegelisahan,” kongsinya.


 

Rata-rata wargamaya memberi kata semangat buat adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini selain memintanya untuk banyakkan berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk dalam masalah rumah tangga yang dihadapinya.


 

Pada Isnin, media melaporkan Syida Melvin difahamkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.


 

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.


 

Dalam pada itu, Nurul Jamaliah turut memaklumkan perbicaraan kes berkenaan juga pernah ditangguhkan sebelum ini sebagai usaha untuk berdamai.


 

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.


 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 


 

Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement