Skip to main content

Hiburan

“Semoga Kali Ini Awak Dapat Jejakan Kaki Di Bumi Gaza” - Nadzmi Adwa Kongsi Momen Hantar Ardell Aryana Ke Misi GSF 2.0

Astrogempak GSF (1)

Sekilas

  • Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi momen menghantar isterinya, Ardell Aryana, ke KLIA untuk menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 ke Gaza.
  • Ardell dan delegasi Malaysia akan terbang ke Barcelona sebelum meneruskan misi menentang kepungan Israel dan membantu krisis kemanusiaan di Gaza.
  • Misi ini melibatkan lebih 80 kapal dan 1,000 peserta termasuk petugas awam seperti doktor dan guru yang akan memberikan bantuan serta pembinaan semula di Gaza.

Pelakon, Nadzmi Adhwa berkongsi momennya menghantar isterinya, Ardell Aryana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0.

Menerusi hantaran di Instagram, Nadzmi mendoakan perjalanan isterinya menuju ke Tanah Gaza dipermudahkan.

“Saya dan anak-anak serta keluarga, kita semua tunggu awak balik ya. Semoga kali ini awak dapat jejakan kaki di bumi Gaza kali ini.

“Luruskan niat awak, kami sentiasa mendoakan awak. Semoga Allah reda dengan usaha awak membantu ummah dan semoga Allah permudahkan awak dan semua yang terlibat. Good luck isteri, teman gaduh, bestfriend dan soul mate Ardell Aryana,” tulisya.

Difahamkan Ardell dan delegasi Malaysia yang lain bakal terbang ke Barcelona terlebih dahulu sebelum meneruskan misi tersebut.

Selain Ardell, turut serta dalam misi kedua ini adalah Heliza Helmi, Hazwani Helmi, dan Haroqs.

Sekadar info, Delegasi Global Sumud Flotilla (GSF), yang menghimpunkan lebih daripada 80 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia, dijadualkan berlepas dari Barcelona ke Gaza pada 12 April.

Misi itu bertujuan menentang kepungan Israel ke atas Gaza selain memberikan respons terhadap krisis kemanusiaan dan politik yang semakin meruncing yang dihadapi rakyat Palestin.

GSF tahun ini dirancang untuk memberikan impak, dan menyifatkannya sebagai intervensi awam yang disusun rapi pada saat keganasan dan krisis kemanusiaan semakin memuncak.

Misi itu turut disertai petugas awam termasuk doktor, guru dan pembina ekologi, yang bersedia memberikan bantuan segera, perkhidmatan penjagaan komuniti dan pembinaan semula pada peringkat awal bersama-sama dengan rakyat Palestin.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement