Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Sengaja Kosongkan 10 Hari Demi Ariana Grande” – Shila Amzah

“Sengaja Kosongkan 10 Hari Demi Ariana Grande” – Shila Amzah

Sekilas

  • Shila Amzah kosongkan jadual selama 10 hari untuk hadir konsert Ariana Grande di London.
  • Dia berkongsi keterujaan menonton penyanyi kegemarannya selepas menunggu lebih 10 tahun.
  • Shila juga buat solekan sendiri dan berterima kasih kepada suaminya yang membantu merealisasikan impian itu.
Advertisement

Penyanyi Shila Amzah sanggup mengosongkan jadual selama 10 hari semata-mata mahu menghadiri konsert penyanyi antarabangsa Ariana Grande di London.

Menerusi perkongsian di Threads, Shila meluahkan keterujaan apabila akhirnya berpeluang menyaksikan penyanyi kegemarannya secara langsung selepas menunggu lebih sedekad.

Advertisement

“Saya datang ke London untuk konsert Ariana Grande. Saya sengaja kosongkan 10 hari dalam kalendar untuk dia.

“Tak percaya akhirnya dapat tengok Ariana sebentar lagi. Dah lebih 10 tahun saya tunggu untuk momen ini,” katanya.

fg

Malah, Shila turut berkongsi keterujaannya membuat persiapan sendiri sebelum menghadiri konsert berkenaan termasuk menata solekan tanpa bantuan jurusolek.

“Rasa sangat seronok, hari ini saya buat solekan sendiri,” ujarnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Patah Seribu itu turut menitipkan penghargaan buat suaminya, Ubai M. Zulkefli yang membantu merealisasikan impiannya tersebut.

“Terima kasih sayang sebab buat semua ini jadi kenyataan. Saya sayang awak,” katanya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Must Watch Video

Advertisement