Skip to main content

Hiburan

Seniman Eman Manan Bergelar Datuk

Seniman Eman Manan Bergelar Datuk

Sekilas

  • Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) kepada pelakon Abdul Manan Embong atau Eman Manan di Istana Syarqiyyah, Chendering.
  • Eman Manan, yang berusia 68 tahun dan telah berkecimpung dalam industri hiburan lebih tiga dekad, terkenal dengan sumbangan besar dalam drama, telefilem, dan filem tempatan berkualiti.
  • Beliau pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17 dan beberapa anugerah lain, serta kini terlibat dalam filem Langit 2 Warna arahan Erma Fatima.
Advertisement

Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato  Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Abdul Manan Embong atau Eman Manan pada Istiadat Penghadapan dan Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering, hari ini.

Pesohor seni negara berprolifik dan disegani berusia 68 tahun itu kelihatan segak menyarung busana tradisional baju Melayu berwarna hitam saat dikurniai pingat tersebut.

Advertisement

Penganugerahan tersebut disifatkan cukup signifikan dengan sumbangan dalam industri hiburan tempatan serta keperibadian Eman Manan yang disegani ramai.

Sepanjang lebih tiga dekad menekuni dunia hiburan, Eman telah terlibat dengan ratusan karya drama dan telefilem serta filem-filem berkualiti yang menjadikan dirinya sangat bernilai.

Beliau pertama kali menyertai dunia hiburan dalam bidang lakonan pada 1984 menerusi filem Matinya Seorang Patriot arahan Dato' Haji Rahim Razali ketika berusia 26 tahun dan meneruskan rentetan kerjasama bersama Rahim menerusi dua lagi filem, Tsu Feh Sofiah (1986) dan Puteri (1987).

Seniman tersebut kemudian diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17 menerusi lakonannya dalam Buai Laju-Laju karya U-Wei Hj Saari.

Selain itu Eman juga pernah dinobat sebagai Pelakon TV Lelaki Terbaik (Telefilem) di Anugerah Seri Angkasa pada 2022 menerusi lakonan hebatnya dalam drama Satu Kampun Dua Orang dan membawa pulang trofi 
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL2024) yang mengangkatnya sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Takluk: Lahad Datu (2025).

Terkini, Eman baru diumumkan sebagai salah seorang barisan pemain filem Langit 2 Warna arahan Erma Fatima. Selain Eman, filem berkenaan menampilkan Reza Rahadian, Ummi Nazeera, Christine Hakim, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Umie Aida, Hazwani Helmi, Heliza Helmi dan Zizi Kirana.

Foto: BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement