Skip to main content

Hiburan

“Senyum Pun Tak, Awal-Awal Macam Kerek Tapi…” - Hairstylist Wanita Dedah Keperibadian Aiman Hakim Ridza

“Senyum Pun Tak, Awal-Awal Macam Kerek Tapi…” - Hairstylist Wanita Dedah Keperibadian Aiman Hakim Ridza

Sekilas

  • Aiman Hakim Ridza mendapat perhatian selepas seorang wanita berkongsi pengalaman berurusan dengan pelakon itu yang sangat menjaga batas dengan wanita lain.
  • Video temu bual Aiman yang tular menunjukkan dia seorang yang tidak gemar melepak dan sangat mementingkan keluarga.
  • Aiman berkahwin dengan Zahirah MacWilson sejak 2020 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Advertisement

Keperibadian pelakon Aiman Hakim Ridza menjadi perhatian selepas seorang wanita berkongsi pengalamannya berurusan dengan aktor tersebut yang disifatkan sangat menjaga batas dengan wanita lain.

Perkara tersebut tercetus selepas tular semula sepotong video temu bual Aiman yang berkongsi mengenai kehidupannya termasuk mengakui bukan individu yang gemar keluar melepak.

Individu yang memuat naik video berkenaan kemudian memuji Aiman sebagai seorang lelaki yang mementingkan keluarga.

“Kan dah cakap dari awal, yang paling ‘function’ cuma laki Zahirah saja. Paling ‘green flag’ dalam Malaysia.

“Aiman tak lepak, Aiman ‘family man’,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, seorang wanita yang mendakwa pernah menguruskan rambut Aiman sebanyak dua kali turut berkongsi pengalamannya berhadapan dengan aktor berkenaan.

wedfv



Menurut wanita tersebut, Aiman dilihat mempunyai batas tertentu ketika berinteraksi dengan wanita sehingga pada awalnya dia menyangka pelakon itu bersikap sombong.

“Dia macam ada letak ‘barrier’ dengan wanita. Saya buat rambut dia dua kali, tak ada pun ‘over-friendly’, senyum pun tak.

“Awal-awal rasa macam, ‘Kerek juga’, tapi lama-lama saya fikir mungkin itu cara dia menghormati isterinya.

“Kalau saya ada suami pun, saya nak suami saya ‘kerek’ dengan perempuan lain,” katanya.

Untuk rekod, Aiman mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zahirah MacWilson pada 20 Februari 2020.

Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isaac Raees dan Inara Imani.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

Must Watch Video

Advertisement