Ringkasan AI
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari meluahkan rasa seronok bergandingan dengan Amelia Henderson sebagai hos bersama dalam program realiti Innovathon musim ketiga.
Menurut Awal, Amelia merupakan rakan pengacara yang profesional dan mudah memberi kerjasama sepanjang penggambaran rancangan tersebut.
“Amelia seorang pengacara yang sangat senang untuk kita bekerjasama. Bila digandingkan dengan Amelia, saya terus teringat masa saya bergandingan dengan Marion Counter untuk One in a Million dulu, sebiji,” katanya.
Tambah Awal, sikap santai dan tidak terlalu mengikut skrip menjadikan keserasian mereka sebagai hos kelihatan semula jadi di kaca televisyen.
“Kami tak pernah pun rehearsal. Bila jumpa, terus naik pentas dan boleh ‘jive’ sama. Chemistry itu jadi secara spontan,” ujarnya.
Awal dalam masa sama turut memuji sikap Amelia yang tidak cuba menonjolkan diri melebihi pasangan pengacara dan sentiasa memberi ruang untuk saling melengkapi di pentas.
“Dia bukan jenis nak over atau nak nampak lebih bagus. Kalau saya cakap lebih, dia tenang je. Itu yang buat seronok bekerja dengan dia,” katanya lagi.
Ujar Awal, sikap profesional seperti itu menjadikan suasana pengacaraan lebih santai dan ‘lively’, sekali gus mengingatkannya kepada era awal penglibatan dalam dunia hos sebelum ini.
Untuk makluman, Innovathon musim ketiga akan mula bersiaran pada 6 Disember 2025 hingga 25 Januari 2026 di Astro Ria dan TV1 RTM. Program itu merupakan hasil kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mencungkil idea inovator tempatan.