Skip to main content

Hiburan

Seronok ‘Sponsor’ Baju Hussain, Emran Rijal Bayangan Terus Beri Sokongan - “Ini Bukan Kali Terakhir, Ini…”

Big Stage Rocketfuel

Sekilas

  • Pereka fesyen Emran Rijal akan menyokong penyanyi Big Stage X Rocketfuel, Hussain, dengan menaja busana dan menjalin kerjasama jangka panjang.
  • Kolaborasi mereka bermula selepas Emran menerima banyak mesej netizen yang mengatakan wajah mereka serupa, lalu dia mengambil inisiatif untuk membantu Hussain.
  • Emran berhasrat untuk terus menyokong Hussain dalam kerjaya nyanyian walaupun selepas pertandingan berakhir, termasuk peluang di pentas lebih besar atau luar negara.
Advertisement

Pereka fesyen dan usahawan, Emran Rijal akan menyokong bintang Big Stage X Rocketfuel, Hussain sepanjang penyanyi bertanding dalam program tersebut.

Menurut Emran, kolaborasi antaranya dengan Hussain pada minggu ketiga program Big Stage X Rocketfuel merupakan hanyalah permulaan kepada hubungan yang lebih panjang.

Advertisement

“Ini adalah titik permulaan untuk relationship Imran dan Hussain. Kita saling support each other.

“Saya baru jumpa dia tadi (Ahad), saya anggap dia macam adik sendiri dah. Dia datang butik saya, kami ukur badan dan sama-sama bincang tentang rekaan.

“Dia seorang yang sangat pemalu dan humble. Saya suka karakter macam itu dan saya nak bina karakter itu bersama dia.

“Ini bukan kali terakhir, ini kali pertama dan ada lagi sambungan serta seterusnya,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi mengenai tajaan busana kepada Hussain, Emran berkara, semuanya bermula selepas dia dihujani mesej daripada netizen yang mengatakan wajah mereka seiras.

“Bermulanya bila saya dapat banyak DM dan mention dekat Threads yang menyatakan ada peserta Big Stage yang kembar saya, muka sama macam saya.

“Sejujurnya saya tak ikut Big Stage sebab sangat sibuk membuat persiapan untuk KL Fashion Week dan pertunjukan fesyen saya pada Ogos nanti.

“Tapi bila orang asyik mention setiap hari, setiap minggu cakap ‘Emran, buatlah baju untuk Hussain’, saya terus terdetik hati untuk sponsor dia baju,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia bersedia menjadi pereka fesyen peribadi buat Hussain, Emran tidak menolak kemungkinan tersebut.

Malah, suami kepada pempengaruh Tyra Kamaruzzam ini Emran berkata dia mahu terus memberi sokongan kepada Hussain walaupun pertandingan Big Stage X Rocketfuel sudah berakhir.

“Insya-Allah kalau dia happy bekerja dengan saya dan selesa untuk berkolaborasi dengan jenama saya, apa salahnya.

“Kalau ada rezeki dan panjang umur, saya nak terus menyokong Hussain, bukan sahaja dalam Big Stage, tetapi sehingga dia breakout selepas Big Stage.

“Kalau dia pergi ke pentas yang lebih besar selepas ini, atau melakukan persembahan di luar negara atau mana-mana pentas sekalipun, saya akan beri sokongan penuh.

“Saya ada kepakaran dalam bidang fesyen, dia pula kepakaran dalam bidang nyanyian. Saya rasa ia kombinasi yang baik kerana industri kita tak besar dan saya memang suka menyokong artis-artis baharu yang sedang membina nama.

“Saya rasa Hussain ada masa depan yang cerah dan ini akan menjadi satu perjalanan yang cukup indah buat dia,” ujarnya.

Terdahulu, nama Emran dan Hussain menjadi bualan warganet apabila ramai berpendapat wajah mereka mempunyai iras yang hampir sama.

Susulan itu, Emran memuat naik satu hantaran di media sosial menyatakan hasrat untuk menaja busana buat Hussain bagi persembahannya di Big Stage, sekali gus menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Anda mungkin berminat dengan

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

In stock 24 hours delivery Men's Sports Shoes Men's casual shoes Korean style Men's height increasing shoes

In stock 24 hours delivery Men's Sports Shoes Men's casual shoes Korean style Men's height increasing shoes

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

Kemeja Batik Kelantan

Kemeja Batik Kelantan

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

(SELUAR KERJA 28-48 ) 6 POKET KAIN COTTON cargo long pants 6 pockets seluar cargo lelaki

(SELUAR KERJA 28-48 ) 6 POKET KAIN COTTON cargo long pants 6 pockets seluar cargo lelaki

Must Watch Video

Advertisement