Skip to main content

Hiburan

"Sesiapa Pun Boleh Jadi Macam Tu…" - Anzalna Nasir Kongsi Pandangan Mengenai Isu Artis Sombong

Astrogempak Anzalna

Sekilas

  • Anzalna Nasir berkongsi pandangan bahawa sikap sombong bukan hanya berlaku dalam kalangan artis, tetapi boleh wujud pada sesiapa sahaja.
  • Beliau mempersoalkan rasional di sebalik sikap sombong kerana sentiasa ada orang yang lebih baik dalam pelbagai aspek.
  • Anzalna juga mengakui dia mungkin akan membalas sikap sombong jika seseorang berkelakuan begitu terhadapnya berulang kali.

Pelakon, Anzalna Nasir berkongsi pandangan mengenai isu artis sombong yang kerap diperkatakan di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Anzalna berpendapat sikap itu bukanlah berlaku dalam kalangan selebriti sahaja namun boleh wujud dalam diri sesiapa.

“Lately asyik terbaca pasal artis yang sombong, tapi bukan artis saja. Sesiapa pun boleh jadi macam tu,” kongsinya.

Dalam masa sama, Anzalna turut mempersoalkan rasional di sebalik sikap tersebut.

Baginya, tiada guna seseorang berasa terlalu tinggi diri kerana dalam apa jua aspek, pasti akan ada individu lain yang lebih baik.

“Kadang terfikir juga, apa sebenarnya point jadi sombong? Kalau rasa diri kaya, akan sentiasa ada yang lebih kaya. Kalau rasa diri cantik, ada lagi yang lebih cantik. Kalau rasa diri pandai, ada yang lebih bijak,” ujarnya.

Bagaimanapun, Anzalna tidak menafikan dia boleh bersikap demikian sekiranya seseorang itu sombong terhadapnya.

“Tapi kalau orang sombong dengan saya walaupun dah 10 kali jumpa, mungkin satu masa saya akan ‘match their energy’,”  tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement