Skip to main content

Hiburan

Setahun ‘Eat Clean’ Dan Bersenam, Khairul Aming Berjaya Turun 24kg – “Walaupun Penat, Wajibkan Pergi Gym Setiap Hari”

Setahun ‘Eat Clean’ Dan Bersenam, Khairul Aming Berjaya Turun 24kg – “Walaupun Penat, Wajibkan Pergi Gym Setiap Hari”

Sekilas

  • Khairul Aming berjaya turunkan berat badan sebanyak 24kg dalam masa setahun melalui disiplin pemakanan dan senaman konsisten.
  • Walaupun sibuk dengan perniagaan dan jadual padat, Khairul tetap utamakan rutin gim dan makan bersih setiap hari.
  • Selain jadi pempengaruh masakan, Khairul juga usahakan produk makanan seperti Sambal Nyet dan Sambal Bilis serta buka restoran Rembayung.
Advertisement

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencuri perhatian ramai selepas berkongsi hasil transformasi fizikalnya apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram (kg) dalam tempoh setahun.

Menerusi perkongsian dalam media sosial, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman turut memuat naik video memaparkan rutin senaman yang dilakukan di gim.

Advertisement

Menurut usahawan berusia 33 tahun itu, perubahan tersebut merupakan hasil disiplin menjaga pemakanan dan bersenam secara konsisten sejak setahun lalu.

“Ini hasil selepas turun 24kg dalam masa setahun.

“Walaupun penat tak rehat dari tahun lepas, KA wajibkan pergi gim setiap hari dan jaga makan,” katanya.

Menariknya, kesibukan menguruskan perniagaan tidak dijadikan alasan untuk mengabaikan rutin tersebut.

Khairul berkata, dia tetap memastikan pemakanan dijaga dan meluangkan masa untuk bersenam meskipun berdepan jadual kerja yang padat.

“Bermula dari zaman bina Rembayung, ‘shoot’ video puasa sampai ke pelancaran Sambal Bilis, tetap ‘eat clean’ dan bersenam.

“Ini hasil selepas setahun jaga disiplin,” ujarnya.

Sebelum ini, Khairul sememangnya dikenali sebagai antara pempengaruh dan usahawan tempatan yang mempunyai jadual kerja padat terutama selepas mengembangkan empayar perniagaannya.

Selain menghasilkan kandungan masakan dalam media sosial, dia turut mengusahakan beberapa produk makanan termasuk Sambal Nyet dan terbaharu, Sambal Bilis.

Khairul juga sebelum ini membuka restoran pertamanya, Rembayung.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GU Energy Gel 32g (Assorted Flavours) Tasty, Portable Energy for Athletes Running Hiking Cycling

GU Energy Gel 32g (Assorted Flavours) Tasty, Portable Energy for Athletes Running Hiking Cycling

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

Minch Creatine Powder Creatine Muscle Builder for Men & Women Post Workout Gain Strength Build Muscle

Minch Creatine Powder Creatine Muscle Builder for Men & Women Post Workout Gain Strength Build Muscle

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Must Watch Video

Advertisement