Skip to main content

Hiburan

Shaf Naufas Ambil Keputusan Henti Pakai ‘Make Up’, Beri Barangan Solek Secara Percuma - “Tak Minta Banyak, Cukup Doakan Saya”

Shaf Naufas

Sekilas

  • Shaf Naufas berkongsi video di TikTok menunjukkan dia memberikan semua alat solek miliknya kepada pengikut bertuah kerana sudah tidak lagi memakai makeup.
  • Dia menegaskan barang solek yang diberikan masih belum tamat tempoh dan berharap ia dapat dimanfaatkan oleh penerima.
  • Shaf juga memohon doa agar perniagaannya maju dan dirinya sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT.

Pempengaruh media sosial, Shaf Naufas menyorot perhatian apabila memberikan kesemua alat solek miliknya kepada pengikut yang bertuah.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shaf memuat naik video dirinya yang bertemu beberapa pengikut di sebuah lokasi bagi memberikan barang solek miliknya.

Perjelas Shaf, keputusan itu dibuat kerana dirinya memilih untuk tidak lagi mengenakan alat solek.

“Sayakan dah tak make up. Barang saya banyak sangat. Yang dah pakai tu ingat nak bagi je yang mana belum expired.

“Alhamdulillah, selesai bagi barang makeup percuma kepada orang sebab saya dah tak makeup,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Shaf meminta orang ramai untuk mendoakan agar perniagaannya terus maju serta dirinya sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT.

“Tak minta banyak, cukup doakan saya murah rezeki.

“Terima kasih support bisnes saya. I will do my best soon, insya-Allah,” kongsi Shaf.

Sumber: TikTok, Threads

Must-Watch Video

Advertisement