Pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan diumumkan memasuki carta pemilik harta yang mencapai tahap ribu juta unit mata wang atau bilionair.
Pencapaian tersebut dicatatkan oleh Hurun India Rich List 2025 yang dikeluarkan pada 1 Oktober, lapor The Independent.
Advertisement
Bintang berusia 59 tahun itu dianggarkan memiliki aset sebanyak RM5.9 bilion selepas konsisten selama 33 tahun tahun dalam kariernya.
“Aktor Badshah, Shah Rukh Khan dengan rasmi telah menyertai kelab bilionair untuk pertama kali pada tahun ini,” ujar kenyataan yang dikeluarkan Hurun.
Dengan pencapaian ini, Shah Rukh Khan kini memiliki aset dan kekayaan seiring penyanyi Rihanna dan pemain golf yang legenda, Tiger Woods.
Kekayaan Shah Rukh Khan ini juga hampir menandingi aset aktor Arnold Schwarzenegger dan Jerry Seinfeld serta penyanyi Taylor Swift seperti dilaporkan Forbes.
Di dunia Bollywood, kekayaan Shah Rukh Khan mengatasi Juhi Chawla dan keluarga, aktor Hrithik Roshan dan penerbit filem f Karan Johar serta sang legenda Amitabh Bachchan.
Selain mengumpul aset menerusi karier lakonan, Shah Rukh Khan juga memperoleh kekayaan apabila menjadi pemilik bersama rumah produksi Red Chillies Entertainment dan Knight Rider Sports.