Skip to main content

Selebriti

Shakilla Khoriri Minta Individu Jujur Tentang Cara Turun Berat Badan - “Lepas Tu Kata Amalkan Diet Sihat, Senaman Tanpa Ambil…”

Shakilla Khoriri Minta Individu Jujur Tentang Cara Turun Berat Badan - “Lepas Tu Kata Amalkan Diet Sihat, Senaman Tanpa Ambil…”

Sekilas

 

  • Shakilla menegaskan pentingnya kejujuran dalam berkongsi perjalanan penurunan berat badan dan mengingatkan agar tidak menipu 
Advertisement

Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa hairan melihat perubahan fizikal yang didakwa berjaya menurunkan berat badan secara mendadak dalam tempoh singkat.

Menerusi perkongsian di Threads, Shakilla menyatakan rasa kurang senang apabila terdapat individu yang mendakwa hanya mengamalkan pemakanan sihat dan senaman untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih kurus.

Advertisement

Menurut Shakilla, perubahan fizikal yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan selepas bertahun-tahun mempunyai berat badan berlebihan menimbulkan persoalan mengenai kaedah sebenar yang digunakan.

“Bertahun badan tu berlemak sana sini tiba tak sampai berapa bulan post makan telur, pi senam sampai jadi kurus sekeping,” tulisnya.



Dalam pada itu, Shakilla juga berpendapat individu yang berkongsi perjalanan penurunan berat badan seharusnya bersikap jujur mengenai usaha atau kaedah yang digunakan.

Advertisement

“Lepas tu kata amalkan diet sihat dan senaman tanpa ambil barang terlarang.  Jangan buat kelakar. Takde mood nak gelak musim jerebu ni. Terus terang kan lebih baik,” coretnya.

Bagaimanapun, kenyataan atau teguran tersebut tidak menyebut secara khusus individu yang dimaksudkan.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement