Sekilas
- Pelakon Shakilla Khoriri menyokong pandangan yang menggalakkan hukuman rotan sebagai tindakan disiplin terhadap pelajar tanpa perlu menunggu amaran berulang kali.
- Seorang individu di media sosial turut menyuarakan sokongan terhadap pengembalian hukuman rotan tanpa prosedur amaran berturut-turut.
- Shakilla menegaskan bahawa sesetengah ibu bapa kini terlalu takut untuk menegur anak mereka walaupun melakukan kesalahan, menyebabkan masalah disiplin sukar dikawal.
Pelakon, Shakilla Khoriri bersetuju dengan pandangan seorang individu yang menyokong pelaksanaan hukuman rotan terhadap pelajar sebagai salah satu bentuk tindakan disiplin.
Menerusi perkongsian di media sosial, individu berkenaan menyuarakan sokongan terhadap cadangan supaya hukuman rotan dikembalikan dan boleh dilaksanakan tanpa perlu menunggu sehingga beberapa kali amaran diberikan.
“Siapa parents millenial yang masih sokong supaya kembalikan rotan atau hukuman terus tanpa perlu tunggu dua tiga kali amaran? Saya sokong sepenuhnya,” tulis individu tersebut.
Susulan hantaran tersebut, Shakilla berkata terdapat segelintir ibu bapa yang terlalu takut untuk menegur anak-anak apabila mereka melakukan kesalahan.
“Rotan je lah ! Apa masalah parents yang tak boleh terima rotan. Bila anak dah jadi SE**N lepas tu baru terhegeh nak point salah orang lain.
“Nowadays parents terpaling takut nak tegur anak. Anak buat benda salah pun masih di’backup’ bila anak orang lain laju je kau gelak dan komen ! Nyampah lah,” tulisnya.
