Skip to main content

Selebriti

Sharifah Sakinah Cedera Buku Lali - “Layan Threads, Tiba-Tiba…”

Sakinah cedera buku lali

Sekilas

  • Sharifah Sakinah mengalami kecederaan buku lali kiri selepas terjatuh ketika menggunakan telefon bimbit tiga minggu lalu tetapi tetap komited dengan jadual kerja walaupun doktor menyarankan berehat.
  • Dia hadir majlis tayangan gala filem Tiket Sehala dengan berkerusi roda dan memilih untuk pulih secara semula jadi tanpa pembedahan walaupun doktor mencadangkan fisioterapi.
  • Sakinah akan muncul dalam filem Tiket Sehala arahan Rahila Ali yang mengisahkan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara dan akan ditayangkan pada 6 Ogos ini.
Advertisement

Pelakon, Sharifah Sakinah mengalami kecederaan pada bahagian buku lali kaki kiri akibat terjatuh di kediamannya ketika menggunakan telefon bimbit tiga minggu lalu.

Bagaimanapun kata Sakinah, walaupun mengalami kecederaan namun pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 37, ini memilih untuk kekal komited dengan setiap jadual kerja walaupun doktor memintanya berehat.

Advertisement

“Semuanya berlaku ketika saya main telefon layan Threads, tiba-tiba jatuh dan kaki saya terseliuh sebelum dengar bunyi ‘krak’.

“Sama ada patah atau ligamen koyak, itu antara saya dengan doktor tetapi jatuh biasa saja.

“Doktor memang suruh berpantang, tetapi saya tak boleh sebab komitmen kerja sangat tinggi, perlu pergi siri jejalah filem dan macam-macam.

“Buat masa sekarang saya cuma cuba kurangkan pergerakan. Sebelum ini saya tak pernah alami kecederaan begini, kiranya paling teruklah,“ katanya

Sakinah berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem Tiket Sehala bertempat di TGV Sunway Pyramid pada Rabu.

Hadir ke acara dengan berkerusi roda, Sakinah berkata ini merupakan kecederaan fizikal yang paling serius pernah dialaminya dan doktor menyarankan untuk menjalani pembedahan serta fisioterapi.

Namun kata Sakinah, dia lebih memilih untuk pulih secara semula jadi.

“Saya pernah buat babak aksi tak pernah cedera tapi tengah main media sosial jatuh pula.

“Saya percaya buku lali ini akan sembuh dengan sendiri dan tahu apa yang saya perlu lakukan dengan badan sendiri.

“Sebab saya kena bekerja sehingga tua kalau panjang umur dan karakter saya banyaknya agresif jadi kena betul-betul sembuh,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sakinah bakal muncul dalam filem arahan Rahila Ali, berjudul Tiket Sehala yang diinspirasikan daripada kisah benar iaitu mengenai sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

Filem bergenre ‘survival thriller’ yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos ini itu dibintangi barisan pelakon seperti Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Ainee Mustafa dan Zaki Yamani.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement