Skip to main content

Hiburan

Sharifah Sakinah Dedah Perangai Sebenar Aidil Aziz Di Set ‘Sujud Terakhir Encik Norman’ - “Setiap Kali Ada Gosip, Dia Memilih…”

Sharifah Sakinah

Sekilas

  • Sharifah Sakinah puji Aidil Aziz sebagai pelakon yang mudah bekerjasama dan sentiasa menepati masa dalam drama Sujud Terakhir Encik Norman.
  • Aidil dikatakan baik hati, elak bergosip di set, dan melayan semua kru produksi dengan hormat.
  • Sakinah turut memuji sokongan isteri Aidil, Fasha Sandha, yang membantu kekuatan dan kerjasama Aidil di lokasi penggambaran.
Advertisement

Pelakon Sharifah Sakinah memuji aktor gandingannya dalam drama Sujud Terakhir Encik Norman iaitu Aidil Aziz yang dianggap seorang yang mudah untuk bekerjasama. 

 

Advertisement

Menurut Sakinah, suami kepada aktres Fasha Sandha itu juga seorang yang baik hati selain sentiasa menepati masa dan tidak pernah mengadu di set penggambaraan. 

 

“Kak Fasha, terima kasih atas sokongan anda. Sejujurnya, Aidil salah seorang pelakon yang mudah untuk saya bekerjasama. 

 

“Dia sangat mudah untuk berkomunikasi, bertukar idea, baik hati dan sentiasa tepati masa. Tak pernah saya dengar dia mengadu di set,” kongsinya.

Advertisement

 

Malah Sakinah turut berkata, Aidil lebih memilih untuk menjauhkan diri apabila terdengar rakan-rakan di produksi sedang ‘bergosip’. 

 

Bukan itu sahaja, Aidil juga membuatkan seluruh produksi berasa tidak terbeban dan lebih mudah untuk bekerjasama selain turut memuji Fasha yang sentiasa menyokong suaminya. 

 

“Setiap kali ada gosip, dia memilih untuk menjauhkan diri… set perempuan, perempuan kan. Dia melayan semua orang dalam produksi dengan hormat, dari atas hingga bawah. 

 

“Jarang sekali untuk jumpa pelakon bersama terutamanya hero, yang langsung tidak mempunyai sikap. Dia memang buat seluruh produksi rasa tak beban dan lebih mudah untuk bekerjasama. 

 

“Dan di sebalik kekuatan yang tenang itu, jelas sekali dia mempunyai isteri yang sangat menyokong. Rasa hormat,” katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must Watch Video

Advertisement